MELIHAT MATAHARI terbit adalah satu nikmat pemandangan yang sangat cantik dan bermakna. Suasana dingin di dinihari dan beransur-ansur hilang kedinginannya dengan terbitnya matahari satu pengalaman yang sangat sukar untuk digambarkan. MAKA, bagi mereka yang bermalam di tepi pantai, pengalaman ini mesti dikejar dan ditunggu-tunggu, jangan dibiarkan terlepas. BAGI mereka yang tidak beriman kepada Allah swt, mereka menikmati pemandangan tersebut tanpa apa-apa perasaan kepada Allah. BAGI mereka yang beriman kepada Allah swt, kecantikan tersebut dengan cepat mengingatkan mereka kepada kebesaran Allah swt, Subhanallah!
Seorang pelayar dalam blog "The Scribe A Kadir Jasin", dalam artikel "Wanita Chief and the Grandmaster", menamakan dirinya Zainol, menceritakan perjalanan percutian AhJibGor dan isterinya. Zainol bercerita, "Tahun lepas dia pergi cuti di LA. Mereka sewa kapal terbang Boeing 747. Mereka terbang dari LA ke Sydney nak tengok matahari naik di Sydney. Lepas itu mereka terbang dari Sydney ke Las Vegas untuk tengok kali kedua matahari naik. Sebab Amerika satu hari lambat dari Australia". Oleh kerana cerita Zainol ini "telah ditapis" dan dibenarkan disiarkan dalam Tuan punya rumah, Dato' A Kadir Jasin, Tokoh Wartawan Negara, maka saya mengambil kesimpulan kebarangkalian cerita ini benar adalah sangat tinggi. Inilah barangkali maksud WASATIYYAH yang dilaungkan oleh AhJibGor.
Dato' Kadir Jasin, nama yang tidak asing lagi terutamanya dalam bidang kewartawanan dan politik tanah air, sejak akhir-akhir ini "membawa perangai lamanya" seperti semasa Pak Lah menjadi PM, kali ini mengkritik Najib terus terang tanpa berlapik dan berselindung. Sebagaimana serangan Kadir Jasin terhadap Pak Lah dulu, yang akhirnya Pak Lah 'tunduk" kepada tekanan, apakah kedudukan Najib juga goyang?
Dato' Kadir sangat-sangat tidak berkenan dengan "peranan" Rosmah dalam kamus Pentadbiran Negara. Bukan pertama kali Dato' Kadir menegur dan mengkritik Najib kerana persepsi penglibatan Isterinya Rosmah dalam urusan Negara. Kata Dato' Kadir, "Saya dah berbuih mulut macam lembu kena penyakit kuku dan mulut agar Rosmah masuk politik, dilantik menjadi menteri. Malah menjadi Perdana Menteri jika mendapat kepercayaan rakyat jelata". Mungkin Dato' Kadir tidak dapat menahan "amarahnya" bilamana AhJibGor secara terbuka memuji melangit isterinya sebagai berjasa kepada Negara kerana membantu pelajar Malaysia di Mesir. Dato' Kadir Jasin secara sinis mencadangkan beberapa Menteri yang tidak "perform" wajar digugurkan kerana Rosmah terlibat di sana sini dalam tugas tugas yang sepatutnya dilaksanakan oleh menteri-menteri berkenaan.
Ketidakpedulian Dato' Kadir Jasin terhadap AhJibGor semakin terserlah hinggakan Ketua Wanita UMNO, Kak Ijat yang memuji-muji AhJibGor juga "dibelasah" oleh Dato' Kadir Jasin. Dato' Kadir Jasin menggunakan "peluru lama" untuk "menembak" Ketua Wanita UMNO dengan kes NFC. Dato' Kadir seperti mempertikaikan moral dan tanggungjawab Ketua Wanita UMNO berhubung dengan beberapa kenyataan Ketua Wanita itu dalam isu NFC; "What about Shahrizat the enchantress herself? The grandmaster does not know? The Pergerakan Wanita does not know? That is why, in NFC case, although she stayed in same house and slept in same bed with her spouse, she did not know what he and their children were doing".
Sekarang, Ketua Wanita itu mengaku Pergerakan Wanita adalah tulang belakang UMNO. Antara lain beliau mungkin bermaksud Ketua Wanita yakni beliau adalah tulang belakang kepada Presiden yakni Najib? Jika sedemikian, Najib ada "2 tulang belakang" iaitu The First Lady, Kak Mah dan The Second Lady, Kak ijat?
Apa agaknya mimpi tidur Shahrizat? Mungkin suaminya bermimpikan lembu, tapi dia bermimpikan perkara lain!