1. Untuk rekod, dari 23 Feb - 1 Mac, aku konsisten katakan TunM sbg mastermind tumbangkan PH.
2. Dalam penulisan aku, 'Siapa buka pintu belakang', aku tetap konsisten mengatakan TunM sbg punca.
Aku pernah bertanya, atau tertanya-tanya, mengapa tiada cerita versi peristiwa "23 Febuary Saga" dari Kem TSMY?
Yang ada, dari Kem TunM; TunM sendiri, Mukhriz, Syed Sadiq, dan Kadir Jasin.
Kerana tiada versi 23 Feb Saga dari Kem TSMY, aku tidak terima bulat-bulat versi dari Kem TunM.
3. Versi dari Kem TunM , dan TunM sendiri, bahawa TunM MERAYU kpd Ahli Majlis Tertinggi Bersatu bagi peluang baginya penuhi janji peralihan kuasa PM kpd Anwar.
Dan TunM tidak setuju terima Umno secara en-bloc ke dalam Kerajaan, sebaliknya menerima secara individu.
4. Ini pertama kali cerita Peristiwa 23 Feb Saga datang dari Kem TSMY, @ Wan Saiful Wan Jan.
Dalam esei panjang 54 mukasurat itu, Wan Saiful menjelaskan apa yg berlaku dlm Mesyuarat 23 Feb Bersatu.
Agak memeranjatkan aku, Wan Saiful menjelaskan/mengiakan apa yg didakwa oleh TunM dan kumpulannya, iaitu;
TunM MERAYU kpd Ahli Majlis Tertinggi Bersatu bagi peluang kepadanya penuhi janji peralihan kuasa PM kpd Anwar.
"Mahathir PLEADED that he should be allowed to fulfil his promise to hand over the prime ministership to Anwar".
5. Bukan apa, kita kena berlaku adil. Jangan kebencian kita mendorong utk kita berlaku tidak ADIL.