Sunday, June 23, 2013

NAJIB DAN ESWARAN SEMACAM FILEM BOLLYWOOD

Perkembangan mutakhir ini, Najib anugerah pangkat Tan Sri kepada seorang usahawan baru India bernama Eswaran, dan meluluskan pinjaman RM500juta ringgit kepadanya membuka satu saluran baru TV ABNxcess. Asian Broadcasting Network (ABN) dimiliki bersama dengan dua orang bekas penjawat awam kanan, iaitu Laksamana (Bersara) (Tan Sri)Mohd Anwar Mohd Nor (10 peratus) dan (Tan Sri) Mohamad Noor Abdul Rahim (20 peratus). Kadir Jasin menulis, "Dia (Eswaran)  tidak akan menjadi Tan Sri tanpa persetujuan Perdana Menteri, Mohd Najib Abdul Razak". Saluran TV ABNxcess dikatakan mempunyai lebih 500 saluran TV. 

Dato' A Kadir Jasin dalam rencananya, "Putera Mahkota Baru Dunia Niaga" menggambarkan Eswaran sebagai Putera Mahkota Baru Mohd Najib Razak.  Kadir Jasin jelas sangat tidak selesa dengan penganugerahan Tan Sri dan Projek Kabel TV tersebut di berikan kepada Eswaran. Malah Kadir Jasin menyentuh keakraban Eswaran dengan Mohd Najib dan isterinya, Rosmah Mansor sebagai suatu yang luar biasa dan bukan rahsia lagi.

Bagi Kadir Jasin, Tan Sri Eswaran tidak akan berada pada tahap ini dalam dunia perniagaan dan politik tanahair melainkan mendapat restu Mohd Najib. "Tetapi Eswaran tidak muncul dalam radar perniagaan dan politik Malaysia sehinggalah dia menjadi sangat akrab dan sering menjadi tetamu isi rumah Mohd Najib dan Rosmah", kata Kadir Jasin. 


SEMACAM FILEM BOLLYWOOD.

Kadir Jasin menyingkap sejarah Eswaran asalnya bertugas sebagai pemandu kepada usahawan Francis Clement D’cruz di Johor Baru. Seorang pelayar bernama Hamzah memberi respon kepada rencana itu menyebut beliau mengenali Eswaran secara peribadi kerana beliau telah menjual syarikatnya, Benta Plantation kepada Eswaran dengan harga 20 juta ringgit. Hamzah mendakwa Eswaran kahwin dengan isteri Clement, sebelum Clement didapati dibunuh kejam pada tahun 2003 di Johor Bahru. Hamzah menambah, Tan Sri Megat Junid ada memberitahunya bahawa semasa berlaku rompakan di rumah Clement De Cruz di Johor dan Clement dibunuh dalam kes rompakan itu, Eswaran dan isterinya sedang bercuti di Vinece, Italy.   

Dato' Kadir Jasin menyebut, "Seorang peniaga dari India, yang berupa rakan kongsi D’cruz, disyaki melakukan pembunuhan itu dan tidak pernah ditangkap. Apa yang dia (Eswaran) lakukan selepas pembunuhan bosnya bolehlah ditakrifkan sebagai “memangku” aset korporat dan peribadi yang ditinggalkan oleh mendiang D’Cruz".

Jikalau seorang penulis dan pengarah filem berkhayal menerbitkan sebuah filem, beliau mungkin berfikir begini jalan ceritanya; Al-Kisah sebuah cerita di Negeri Pasir Berdengung. Seorang pemandu kepada pasangan usahawan besar dan berjaya, menjalinkan cinta haram hingga ke rancang dengan isteri usahawan tersebut. Pemandu tersebut melalui isteri usahawan tersebut mengenali baik dengan Menteri Keselamatan Dalam Negeri Pasing Berdengung. Akhirnya pemandu tersebut mengahwini isteri usahawan tersebut. Semasa pemandu dan isterinya berbulan madu di luar negara, berlaku rompakan dirumah usahawan tersebut hinggakan usahawan tersebut dibunuh dengan kejam. Pemandu dan isterinya mewarisi segala harta peninggalan usahawan tersebut dan sekelip mata menjadi kaya raya. Menteri Keselamatan Dalam Negeri mengarahkan siasatan rapi kes rompakan dan pembunuhan kejam usahawan tersebut, tetapi gagal mengesan dan menangkap siapa pembunuh dan dalang dalam kes tersebut. 10 tahun selepas tragedi tersebut, bekas pemandu tersebut dianugerah darjah kebesaran Tertinggi Negara oleh Perdana Menteri Pasir Berdengung, dan dianugerahkan Projek TV Mega bernilai 500juta. 

Adakah ceritanya berakhir di sini?

PADA SISI PANDANG YANG LAIN.

Bagi Langitbiru, pada sisi pandang yang lain, saluran TV tanpa henti 500 saluran ini tidak mencerminkan kesungguhan Najib untuk membentuk sebuah Negara yang berilmu, berakhlak tinggi dan gagal melahirkan modal insan yang berintegriti, siasah yang tinggi dan moral yang baik. Saluran TV 500 ini bakal menyajikan tiada lain melainkan hiburan, hiburan dan hiburan. Tak tahulah Langitbiru, kalau dari 500 saluran , 499 saluran diperuntukkan untuk dakwah dan penyebaran ilmu! Mustahil akan berlaku sedemikian, kerana sebagai contoh, selepas menang  PRU13, Kerajaan UMNO Kedah menangguhkan pembinaan Maahad Tahfiz SAINS di Pulau Tuba Langkawi dan bercadang menjual Kolej Universiti Insaniah di Kuala Ketil yang dibuat dengan harga 330juta ringgit tanpa bantuan kerajaan pusat walau 1 sen.   

Rumusan Langitbiru, Syarikat 3 Tan Sri 500 saluran TV ini bukan membawa generasi yang lebih berilmu dan bertamaddun, tetapi akan membawa kerosakan sahsiah,dan rohani anak bangsa Negara. 



Tuesday, June 18, 2013

UMNO MAHU JADIKAN AGAMA ISLAM SEBAGAIMANA AGAMA KRISTIAN DI EROPAH?


Revolusi Perancis (1789–1799) pada hakikatnya adalah satu malapetaka besar buat agama Kristian Katholik. Golongan Autokrat dan Paderi Katholik adalah penguasa tertinggi Negara Perancis sebelum berlakunya Revolusi Perancis. Agama Kristian dipandang sangat tinggi di kalangan rakyat dan Paderi Katholik dianggap pemimpin utama agama dan Negara yang sangat dihormati.

Revolusi Perancis telah menghapuskan kekuasaan Paderi Katholik dalam kepimpinan dan pentadbiran Negara. Antara slogan yang dipalu berterusan oleh aktivis revolusi adalah, “Agama adalah milik Tuhan dan Negara adalah milik semua orang”. “Agama adalah milik Tuhan” bermaksud agama hanya sekadar hubungan manusia dengan Tuhan sehinggakan agama Kristian itu tidak lagi mempunyai tempat dalam Kepimpinan dan Pentadbiran Negara. Revolusi telah berjaya memisahkan agama dan politik, sehinggakan agama Kristian itu hanya berperanan sebagai rutin ibadat khusus kepada Tuhan semata-mata, tiada kaitan dan tiada peranannya dalam mengatur kehidupan masyarakat dan politik.

Di sinilah bermulanya pemisahan agama dengan daulah atau politik. Revolusi kononnya memperjuangkan demokrasi tulen “Negara milik semua orang”. Pengaruh kefahaman ini menular begitu cepat ke seluruh Eropah. Para penjajah dari Eropah ini juga telah menanamkan pemikiran tersebut dikalangan elit bangsawan di tanah jajahan masing-masing. Di Timur khususnya, para penjajah Eropah ini akan menyekat kebangkitan Agama Islam di kalangan rakyat, lebih-lebih lagi rakyat jajahan takluknya menubuhkan parti politik atas agama Islam. Segala fahaman lain dan agama lain dibiarkan berkembang tetapi tidak sekali-kali kepada agama Islam. 

Belanda gagal membendung kebangkitan Islam di kalangan penduduk Islam Indonesia sehinggakan mereka berjaya bukan sahaja menubuh parti-parti politik berasaskan Agama Islam, tetapi juga sebagai satu gerakan ketenteraan yang melawan penjajah Belanda. Akhirnya mereka mencapai kemerdekaan melalui pertumpahan darah para pejuang syuhada.

Di Malaysia, penjajah British juga berusaha sedaya upaya mengekang kebangkitan fahaman Islam lebih-lebih lagi Politik Islam. 1948, Peristiwa Gunung Semanggol, aktivis politik Melayu-Islam berkumpul mengadakan persidangan. Kekuatan gabungan gerakan parti Melayu_Islam ini telah menggusarkan British. Mereka bagaimanapun memilih UMNO sebagai parti sokongan mereka. Dengan segera diistiharkan parti aktivis Melayu-Islam semuanya itu sebagai KOMUNIS.  Dato’ Onn menyebut PARTI HIZBUL MUSLIMIN itu sebagai Parti Merah iaitu Komunis.

(Parti Hizbul Muslimin berasal dari Majlis Agama Tertingga Se-Malaya (MATA) iaitu sayap utama dalam struktur organisasi PKMM (Parti Kebangsaan Melayu Malaya) ditubuhkan pada 17 Oktober 1945 di Ipoh, Perak. Pemimpin awalnya PKMM ialah Mokhtaruddin Lasso, yang kemudiannya berpindah tangan kepada Dr. Burhanuddin al-Helmi. Angkatan Pemuda Insaf (API), dan Angkatan Wanita Sedar (AWAS) juga merupakan antara sayap utama atau bahagian dalam struktur organisasi PKMM. Melalui MATA dalam satu mesyuarat agung tahunannya telah berjaya melahirkan Hizbul Muslimin pada 14 Mac 1948. Tujuan PKMM melahirkan Hizbul Muslimin sebagai sayapnya adalah bagi mengumpulkan tenaga para ulama.

Sebagai sebuah parti Islam pertama di negara ini, Hizbul Muslimin yang dipimpin oleh Ustaz Abu Bakar al-Baqir mempunyai matlamat untuk mencapai kemerdekaan negara yang berdaulat bagi membentuk sebuah masyarakat yang berasaskan kepada kefahaman Islam serta mewujudkan sebuah negara Islam atau Darul Islam. Dalam pendiriannya, ia menyokong PKMM tetapi sekeras-kerasnya menolak perjuangan UMNO ).

Natijahnya, British telah memburu dan menangkap aktivis politik Melayu-Islam di seluruh pelusuk Negara. Ustaz Abu Bakar al-Baqir ditangkap, Dr. Burhanuddin al-Helmi “terselamat” kerana  berada di Singapura. British sekaligus melumpuhkan gerakan kemerdekaan oleh aktivis Melayu-Islam. Sebaliknya, British tidak ambil apa-apa tindakan ke atas UMNO, dengan itu ramai aktivis Melayu-Islam “menyelamatkan diri” dengan menganggotai Parti UMNO. Mereka menubuhkan Biro Agama UMNO. 

British menekan yang mereka sangat tidak mahu kebangkitan politik berteraskan Agama Islam di Malaysia, sebagaimana mereka menanam kebangkitan politik berteraskan agama Kristian di Eropah, telah memberi layanan yang "istimewa" kepada UMNO dan juga tekanan kepada UMNO melenyapkan pemikiran politik Islam dalam UMNO. UMNO menjadi sebuah parti Nasionalis Melayu. Kemuncak pergeseran Biro Agama UMNO dengan Kepimpinan UMNO adalah penentangan keras Biro Agama UMNO dibawah Ahmad Fuad Hassan kepada cadangan UMNO menaja perjudian LOTERI  akhirnya menyebabkan Biro Agama UMNO itu bercerai dari UMNO.

Gabungan bekas Biro Agama UMNO dengan saki baki aktivis Melayu-Islam PKMM-Hizbul Muslimin akhirnya menubuhkan Parti Islam SeMalaysia (PAS), yang menolak pengasingan AGAMA DARI POLITIK, sepertimana yang sangat dibenci oleh British.  Ahmad Fuad Hassan dilantik sebagai Presiden PAS yang pertama. Di sinilah TITIK PEMISAH antara PAS dan UMNO hingga ke hari ini. PAS mahukan Agama Islam menguasai Poltik. Perjuangan PAS sama dengan Perjuangan Ikhwanul Muslimin Mesir yang juga menentang British, juga disebabkan British Di Mesir mahukan pemisahan Agama Islam dari politik. Boneka British di Mesir menentang keras Ikhwanul Muslimin Mesir yang berjuang melalui dakwah dan politik untuk menguasai Pemerintahan Mesir. 

British yang kononnya memperjuangkan demokrasi tulen menyeru slogan-slogan di tanah jajahan mereka terutama di Timur “ Tidak ada politik dalam agama dan tidak ada agama dalam politik”. Ikhwanul Muslimin bangkit di Mesir, dan PAS bangkit di Malaya.

Dr Yusof Al-Qaradawi berkata, “ISLAM TIDAK ADA ERTINYA TANPA POLITIK. Islam yang benar seperti yang disyariatkan Allah, tidak akan menjadi seperti itu kecuali jika ia berwawasan politik. Jika engkau melepaskan Islam dari urusan politik, bererti engkau menjadikannya agama lain, boleh ugama Budha atau Nasrani atau lainnya”.

UMNO di Malaysia hari ini melalui propaganda media massa nya telah berjaya menanam pemikiran di kalangan Melayu-Islam sejak sebelum Merdeka lagi bahawasanya ISLAM TIDAK BOLEH DICAMPUR-ADUKKAN DENGAN POLITIK.  Dengan erti kata lain, bagi UMNO, Islam tiada tempat dalam politik, iaitu Pengasingan Agama Islam Dari Politik. Pertentangan PAS dengan UMNO dari saat Hizbul Muslimin difitnah sebagai komunis hingga ke hari ini TIADA LAIN melainkan perjuangan PAS meletakkan Islam sebagai Kuasa Pemerintahan. PAS tidak mahu apa yang terjadi kepada agama Kristian di Barat, berlaku kepada Agama Islam di Timur dan Malaysia.

Sedutan ucapan Hj Hadi Kampung Banggol, Peradong, Kuala Terengganu pada 7 April 1981.

“ Saudara-saudara sekelian percayalah,
Kita menentang UMNO, bukan kerana nama dia UMNO. Kita menentang Barisan Nasional bukan kerana dia lama memerintah kerajaan. Kita menentang dia ialah kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang kafir, mengekalkan peraturan jahiliyah. Oleh kerana itulah kita menentang mereka. Oleh kerana itulah kita menghadapi mereka. Oleh itulah kita cuba berlawan dengan mereka.

Percayalah saudara-saudara sekelian,
Perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad. Bergantunglah kita kepada Allah dengan (menghadapi) puak-puak ini kerana kalau kita mati melawan puak-puak ini, mati kita adalah syahid. Mati kita adalah Islam. Kita tidak perlu masuk Buddha, Kita tidak perlu masuk Hindu, Kita tidak perlu masuk Kristian, Tapi kita menjadi kafir dengan mengamalkan 'politik suku, agama suku'”.

Friday, June 7, 2013

“UMNO tidak lagi berjuang untuk bangsa, agama dan tanahair” (Mahathir Mohamad)




Tun Dr Mahathir Mohamad dalam artikel terbarunya, UMNO DAHULU DAN SEKARANG, sempena penubuhan UMNO yang ke 63, berulang kali menyatakan UMNO tidak lagi berjuang untuk bangsa, agama dan tanahair. Katanya, UMNO hari ini berjuang untuk kepentingan orang-orang tertentu dan ahlinya sahaja, bukan lagi untuk orang Melayu dan Islam. Adakah penjelasan dan pengakuan Mahathir Mohamad, Mantan Perdana Menteri Malaysia ini difahami dan diakui oleh MelayuIslam Malaysia khususnya yang mengundi menyokong UMNO pada PRU13 yang lepas.

Sedutan kata-kata Mahathir dalam blog beliau, mahathir-mohamad.blogspot.com  


9. Tetapi tidak pada hari ini. Sekarang UMNO tidak lagi dipandang tinggi dan tidak lagi disokong seperti dahulu. Sesungguhnya ramai orang Melayu meluat dengan UMNO, anggapnya tidak lagi relevan dan perlu ditolak pun.

10. Kenapa? Kerana UMNO tidak lagi berjuang untuk bangsa, agama dan tanahair. UMNO ternampak dan memang pun benar, berjuang untuk kepentingan orang-orang tertentu dalamnya dan ahlinya sahaja. UMNO berjuang untuk jawatan dan pangkat, untuk memperkayakan diri, untuk sagu hati, untuk poket sendiri.


Mahathir sendiri mengulas “kekalahan” UMNO pada PRU13 lepas adalah kerana UMNO itu dilihat tidak lagi ikhlas berjuang untuk bangsa Melayu, agama Islam dan tanahair. Hakikatnya, daripada 7.8 juta pengundi MelayuIslam pada PRU yang lepas, yang mengundi UMNO hanyalah 3.2 juta orang. Kita perlu ingat, jumlah keahlian atau keanggotaan UMNO itu sendiri adalah seramai 3.2 juta orang. MAKA benarlah tanggapan Mahathir bahawa UMNO sebenarnya sudah kalah dari segi moral bukan sahaja ditangan orang Cina tetapi juga di tangan orang Melayu sendiri.


18. Melihat UMNO hanya berjuang untuk diri sendiri semata-mata, dan tidak lagi untuk bangsa, agama dan tanahair, orang Melayu tidak lagi nampak kenapa mereka harus sokong dan jayakan semasa PRU orang yang utamakan kepentingan diri sendiri sahaja. Jika ada sahaja parti lain, mereka akan sokong parti itu. Hanya jika parti lain lebih buruk baharulah sokongan kepada UMNO diteruskan. Inilah yang berlaku pada PRU 13.

UMNO sebenarnya sedang mengalami fenomena  proses “self-destructive” , kerana darah daging dari hasil rasuah sedang mengalami proses  kereputan dan kemusnahan dalaman. Apa yang perlu dilakukan oleh para pejuang Islam Malaysia hari ini adalah merapatkan saf-saf dengan sebaik mungkin dan benar-benar bersatu bagi menghadapi UMNO yang kian lemah pada PRU14 nanti. Seperti kata pepatah Melayu, “Bersatu Teguh Bercerai Roboh”. Segala perbezaan pendapat dari segi percaturan strategi dan propaganda perang saraf perlu diselesaikan dan minimakan sekecil-kecil mungkin.

Penampilan diri dan nilai keperibadian para perjuang dan para Muslim yang menyokong perjuangan Islam perlu menonjolkan ciri-ciri dan sifat yang lebih baik dari orang-orang UMNO. Ciri-ciri dan sifat-sifat yang menuruti landasan Sunnah Rasulullah saw. Paling mesti dilakukan adalah menjauhi ciri-ciri dan sifat-sifat orang munafik. JANGAN kita menuding jari kepada orang-orang UMNO itu “munafik atau kafir”, sebaliknya kita sendiri perlu muhasabah diri menjadi yang terbaik. Penyampaian dakwah Islam itu sendiri sebenarnya wajib dilakukan dengan kaedah berhemah dan perkataan yang baik-baik.



Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk.(An-Nahl 125)

Dengan menyusun barisan yang baik dan kemas berdisiplin, InsyaAllah PRU14 milik kita. Ambillah pengajaran bagaimana 100 orang pasukan Pemanah Uhud yang tidak menuruti perintah Rasul lalu tewas di medan tempur Uhud. InsyaAllah PRU14 milik kita. Takbir.


Rujukan:

As posted by Dr. Mahathir Mohamad at Che Det on June 04, 2013
http://mahathir-mohamad.blogspot.com/search?updated-min=2013-01-01T00:00:00%2B08:00&updated-max=2014-01-01T00:00:00%2B08:00&max-results=28

Wednesday, June 5, 2013

RASUAH NYAWA UMNO.

Para Ulama berkata, “Nyawa setiap amalan adalah Ikhlas”. Manakala ikhlas itu sendiri sangat sukar untuk diterjemahkan di dalam diri para ahli politik, paling khususnya adalah para Politik UMNO. Di sini Mahathir nampak sangat kesal dan merintih nadanya bilamana menulis artikel “UMNO DULU DAN SEKARANG”. Apakah baru hari ini Mahathir sedar punca penolakan Melayu kepada UMNO adalah kerana RASUAH dan kepentingan diri, bukan lagi memperjuangkan agama,dan bangsa? Sudah tentu tidak, sebab Mahathir pernah menyebutnya dulu, “UMNO itu busuk hingga ke usus”. Busuk itu tiada lain maknanya kecuali rasuah dan kepentingan diri, dan disandarkan dan disadurkan atas nama Ketuanan Melayu dan Demi Agama.
Mukaddimah Mahathir adalah sempena UMNO merayakan hari penubuhannya yang ke 63 dengan sembahyang dan tahlil pada 11hb. Mei 2013. Dengan sinis Mahathir menempelak Presiden UMNO, Najib dengan berkata “Tetapi UMNO pada 2013 ini bukanlah sama dengan UMNO 1946”.
Apabila Mahathir menulis ramai orang Melayu meluat dengan UMNO, sebenarnya bermakna Mahathir sendiri juga meluat dengan UMNO hari ini. Mahathir bertanya dan Mahathir sendiri memberi jawapannya. Sebenarnya dan sesungguhnya, jawapan Mahathir itu sudah lama diketahui oleh majoriti orang Melayu yang menjadi punca utama UMNO bukan sahaja ditolak malah ditentang oleh anak-anak Melayu masakini. Akar umbinya RASUAH.

“Sekarang UMNO tidak lagi dipandang tinggi dan tidak lagi disokong seperti dahulu. Sesungguhnya ramai orang Melayu meluat dengan UMNO, anggapnya tidak lagi relevan dan perlu ditolak pun”, kata Mahathir.

“Kenapa? Kerana UMNO tidak lagi berjuang untuk bangsa, agama dan tanahair. UMNO ternampak dan memang pun benar, berjuang untuk kepentingan orang-orang tertentu dalamnya dan ahlinya sahaja. UMNO berjuang untuk jawatan dan pangkat, untuk memperkayakan diri, untuk sagu hati, untuk poket sendiri.” tambah Mahathir.

Adakah Mahathir ikhlas menghentam keperibadian UMNO hari ini, atau kerana tidak puashati dengan pencapaian Mohd Najib dalam PRU13? Bukankah Mahathir pernah memberi amaran sebelum PRU13 bahawasanya Kepimpinan Najib akan menerima padah jika “kalah” pada PRU13. Ukuran “cut-off point” kalah tersebut bagi ramai pemerhati berpendapat, sekurang-kurangnya memperbaiki pencapaian Abdullah Badawi dalam PRU12.
Ini kerana dalam merintih keperibadian busuk dan hodoh UMNO, Mahathir  menusuk jarum halusnya tentang perlunya demokrasi tulen dalam kepimpinan UMNO. Beliau berpendapat, UMNO perlu dibuka untuk persaingan dan pertandingan yang lebih terbuka dan telus dalam jawatan tertinggi parti. Seolah-olah sepanjang beliau menjadi Presiden UMNO selama 22 tahun, beliau telah menyuburkan benih-benih demokrasi tulen dalam kepimpinan UMNO. Siapa boleh lupa Sejarah Hitam UMNO 1987? Siapa tangan ghaib dibelakang pengharaman UMNO pada tahun1988?
Bagaimanapun, langitbiru yakin kecaman Mahathir kepada keperibadian UMNO ,atau lebih tepat keperibadian para pemimpin UMNO yang berjuang untuk kepentingan diri dan kroni adalah ikhlas seperti serampang 2 mata, mereka perlu “dihapuskan” kerana merosakkan parti dan pemimpin mereka sekarang ini juga mesti diturunkan.
Bagi langitbiru, kepentingan diri,projek,komisen, saguhati dan apajua nama seumpamanya tidak lain tidak bukan adalah RASUAH. Dan punca utama langitbiru menentang berjuang melawan UMNO (selepas UMNO menolak Perundangan Islam) adalah kerana UMNO parti rasuah. Nyawa UMNO adalah rasuah. Disebabkan jantung hati nyawanya adalah rasuah, maka UMNO tidak nampak bahkan menentang perundangan Islam.
Melawan menentang UMNO bererti melawan menentang rasuah, nyawa UMNO. Islam mengharamkan rasuah, bererti menentang UMNO adalah menentang rasuah adalah satu perjuangan Jihad. Dan mencabut nyawa UMNO itu Jihad kerana nyawa UMNO adalah rasuah.