Friday, June 7, 2013

“UMNO tidak lagi berjuang untuk bangsa, agama dan tanahair” (Mahathir Mohamad)




Tun Dr Mahathir Mohamad dalam artikel terbarunya, UMNO DAHULU DAN SEKARANG, sempena penubuhan UMNO yang ke 63, berulang kali menyatakan UMNO tidak lagi berjuang untuk bangsa, agama dan tanahair. Katanya, UMNO hari ini berjuang untuk kepentingan orang-orang tertentu dan ahlinya sahaja, bukan lagi untuk orang Melayu dan Islam. Adakah penjelasan dan pengakuan Mahathir Mohamad, Mantan Perdana Menteri Malaysia ini difahami dan diakui oleh MelayuIslam Malaysia khususnya yang mengundi menyokong UMNO pada PRU13 yang lepas.

Sedutan kata-kata Mahathir dalam blog beliau, mahathir-mohamad.blogspot.com  


9. Tetapi tidak pada hari ini. Sekarang UMNO tidak lagi dipandang tinggi dan tidak lagi disokong seperti dahulu. Sesungguhnya ramai orang Melayu meluat dengan UMNO, anggapnya tidak lagi relevan dan perlu ditolak pun.

10. Kenapa? Kerana UMNO tidak lagi berjuang untuk bangsa, agama dan tanahair. UMNO ternampak dan memang pun benar, berjuang untuk kepentingan orang-orang tertentu dalamnya dan ahlinya sahaja. UMNO berjuang untuk jawatan dan pangkat, untuk memperkayakan diri, untuk sagu hati, untuk poket sendiri.


Mahathir sendiri mengulas “kekalahan” UMNO pada PRU13 lepas adalah kerana UMNO itu dilihat tidak lagi ikhlas berjuang untuk bangsa Melayu, agama Islam dan tanahair. Hakikatnya, daripada 7.8 juta pengundi MelayuIslam pada PRU yang lepas, yang mengundi UMNO hanyalah 3.2 juta orang. Kita perlu ingat, jumlah keahlian atau keanggotaan UMNO itu sendiri adalah seramai 3.2 juta orang. MAKA benarlah tanggapan Mahathir bahawa UMNO sebenarnya sudah kalah dari segi moral bukan sahaja ditangan orang Cina tetapi juga di tangan orang Melayu sendiri.


18. Melihat UMNO hanya berjuang untuk diri sendiri semata-mata, dan tidak lagi untuk bangsa, agama dan tanahair, orang Melayu tidak lagi nampak kenapa mereka harus sokong dan jayakan semasa PRU orang yang utamakan kepentingan diri sendiri sahaja. Jika ada sahaja parti lain, mereka akan sokong parti itu. Hanya jika parti lain lebih buruk baharulah sokongan kepada UMNO diteruskan. Inilah yang berlaku pada PRU 13.

UMNO sebenarnya sedang mengalami fenomena  proses “self-destructive” , kerana darah daging dari hasil rasuah sedang mengalami proses  kereputan dan kemusnahan dalaman. Apa yang perlu dilakukan oleh para pejuang Islam Malaysia hari ini adalah merapatkan saf-saf dengan sebaik mungkin dan benar-benar bersatu bagi menghadapi UMNO yang kian lemah pada PRU14 nanti. Seperti kata pepatah Melayu, “Bersatu Teguh Bercerai Roboh”. Segala perbezaan pendapat dari segi percaturan strategi dan propaganda perang saraf perlu diselesaikan dan minimakan sekecil-kecil mungkin.

Penampilan diri dan nilai keperibadian para perjuang dan para Muslim yang menyokong perjuangan Islam perlu menonjolkan ciri-ciri dan sifat yang lebih baik dari orang-orang UMNO. Ciri-ciri dan sifat-sifat yang menuruti landasan Sunnah Rasulullah saw. Paling mesti dilakukan adalah menjauhi ciri-ciri dan sifat-sifat orang munafik. JANGAN kita menuding jari kepada orang-orang UMNO itu “munafik atau kafir”, sebaliknya kita sendiri perlu muhasabah diri menjadi yang terbaik. Penyampaian dakwah Islam itu sendiri sebenarnya wajib dilakukan dengan kaedah berhemah dan perkataan yang baik-baik.



Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk.(An-Nahl 125)

Dengan menyusun barisan yang baik dan kemas berdisiplin, InsyaAllah PRU14 milik kita. Ambillah pengajaran bagaimana 100 orang pasukan Pemanah Uhud yang tidak menuruti perintah Rasul lalu tewas di medan tempur Uhud. InsyaAllah PRU14 milik kita. Takbir.


Rujukan:

As posted by Dr. Mahathir Mohamad at Che Det on June 04, 2013
http://mahathir-mohamad.blogspot.com/search?updated-min=2013-01-01T00:00:00%2B08:00&updated-max=2014-01-01T00:00:00%2B08:00&max-results=28

No comments:

Post a Comment