Wednesday, June 5, 2013

RASUAH NYAWA UMNO.

Para Ulama berkata, “Nyawa setiap amalan adalah Ikhlas”. Manakala ikhlas itu sendiri sangat sukar untuk diterjemahkan di dalam diri para ahli politik, paling khususnya adalah para Politik UMNO. Di sini Mahathir nampak sangat kesal dan merintih nadanya bilamana menulis artikel “UMNO DULU DAN SEKARANG”. Apakah baru hari ini Mahathir sedar punca penolakan Melayu kepada UMNO adalah kerana RASUAH dan kepentingan diri, bukan lagi memperjuangkan agama,dan bangsa? Sudah tentu tidak, sebab Mahathir pernah menyebutnya dulu, “UMNO itu busuk hingga ke usus”. Busuk itu tiada lain maknanya kecuali rasuah dan kepentingan diri, dan disandarkan dan disadurkan atas nama Ketuanan Melayu dan Demi Agama.
Mukaddimah Mahathir adalah sempena UMNO merayakan hari penubuhannya yang ke 63 dengan sembahyang dan tahlil pada 11hb. Mei 2013. Dengan sinis Mahathir menempelak Presiden UMNO, Najib dengan berkata “Tetapi UMNO pada 2013 ini bukanlah sama dengan UMNO 1946”.
Apabila Mahathir menulis ramai orang Melayu meluat dengan UMNO, sebenarnya bermakna Mahathir sendiri juga meluat dengan UMNO hari ini. Mahathir bertanya dan Mahathir sendiri memberi jawapannya. Sebenarnya dan sesungguhnya, jawapan Mahathir itu sudah lama diketahui oleh majoriti orang Melayu yang menjadi punca utama UMNO bukan sahaja ditolak malah ditentang oleh anak-anak Melayu masakini. Akar umbinya RASUAH.

“Sekarang UMNO tidak lagi dipandang tinggi dan tidak lagi disokong seperti dahulu. Sesungguhnya ramai orang Melayu meluat dengan UMNO, anggapnya tidak lagi relevan dan perlu ditolak pun”, kata Mahathir.

“Kenapa? Kerana UMNO tidak lagi berjuang untuk bangsa, agama dan tanahair. UMNO ternampak dan memang pun benar, berjuang untuk kepentingan orang-orang tertentu dalamnya dan ahlinya sahaja. UMNO berjuang untuk jawatan dan pangkat, untuk memperkayakan diri, untuk sagu hati, untuk poket sendiri.” tambah Mahathir.

Adakah Mahathir ikhlas menghentam keperibadian UMNO hari ini, atau kerana tidak puashati dengan pencapaian Mohd Najib dalam PRU13? Bukankah Mahathir pernah memberi amaran sebelum PRU13 bahawasanya Kepimpinan Najib akan menerima padah jika “kalah” pada PRU13. Ukuran “cut-off point” kalah tersebut bagi ramai pemerhati berpendapat, sekurang-kurangnya memperbaiki pencapaian Abdullah Badawi dalam PRU12.
Ini kerana dalam merintih keperibadian busuk dan hodoh UMNO, Mahathir  menusuk jarum halusnya tentang perlunya demokrasi tulen dalam kepimpinan UMNO. Beliau berpendapat, UMNO perlu dibuka untuk persaingan dan pertandingan yang lebih terbuka dan telus dalam jawatan tertinggi parti. Seolah-olah sepanjang beliau menjadi Presiden UMNO selama 22 tahun, beliau telah menyuburkan benih-benih demokrasi tulen dalam kepimpinan UMNO. Siapa boleh lupa Sejarah Hitam UMNO 1987? Siapa tangan ghaib dibelakang pengharaman UMNO pada tahun1988?
Bagaimanapun, langitbiru yakin kecaman Mahathir kepada keperibadian UMNO ,atau lebih tepat keperibadian para pemimpin UMNO yang berjuang untuk kepentingan diri dan kroni adalah ikhlas seperti serampang 2 mata, mereka perlu “dihapuskan” kerana merosakkan parti dan pemimpin mereka sekarang ini juga mesti diturunkan.
Bagi langitbiru, kepentingan diri,projek,komisen, saguhati dan apajua nama seumpamanya tidak lain tidak bukan adalah RASUAH. Dan punca utama langitbiru menentang berjuang melawan UMNO (selepas UMNO menolak Perundangan Islam) adalah kerana UMNO parti rasuah. Nyawa UMNO adalah rasuah. Disebabkan jantung hati nyawanya adalah rasuah, maka UMNO tidak nampak bahkan menentang perundangan Islam.
Melawan menentang UMNO bererti melawan menentang rasuah, nyawa UMNO. Islam mengharamkan rasuah, bererti menentang UMNO adalah menentang rasuah adalah satu perjuangan Jihad. Dan mencabut nyawa UMNO itu Jihad kerana nyawa UMNO adalah rasuah.

No comments:

Post a Comment