Tuesday, July 16, 2013

MEMAHAMI BIN-MAHATHIR DI KEDAH.


Sudah jelas, projek pendidikan bekas kerajaan PAS Kedah, iaitu TAHFIZ SAINS di Pulau Langkawi “dikuburkan” tak bernisan oleh Mukhriz. Kata Mukhriz, setiap wang ringgit yang dikeluarkan mesti mendapat pulangan hasilnya tidak seperti curah air ke daun keladi. Itu kata Mukhriz. Pemimpin-pemimpin BN lain pula seperti biasa memberi alasan seolah-olah tahap pemikiran rakyat ini sangat bodoh dan tidak boleh berfikir jauh, kononnya untuk membuat projek pembangunan di Pulau Toba Langkawi susah sebab masalah pengangkutan untuk bawa masuk jentera dan peralatan pembinaan.

Hari ini, Mukhriz, adik kepada Mirzan Mahathir yang pernah menjadi Pengarah Syarikat San Miguel Filipina, iaitu syarikat pengeluar arak terbesar Asia meluluskan satu projek Eko-Pelancungan berharga RM1.2Billion di Langkawi, satu lagi projek billion ringgit seperti mana Projek Bakun oleh Mahathir.

Lada (Langkawi Development Authority) melalui CEO Tan Sri Khalid Ramli telah menandatangai MoU dengan “tourism resort and high-impact attraction developer”, Pekan Artisan Sdn Bhd, disaksikan oleh Mukhriz Mahathir. Projek ini akan didirikan di atas tanah seluas 55 ekar dan ini dijangka menarik pelancung 1.2 juta orang setahun, dengan anggaran GDV RM2.4bilion. 

Pekan Artisan Sdn. Bhd adalah syarikat yang bertanggungjawab “menghidupkan” Kota Melaka dengan beberapa “show”: ‘The Church Show:Merdeka! The March to Freedom’ dan ‘The Ship Show;The Wind of Melaka’. Apa kebaikan show ini kepada rakyat Melaka? Fikir-fikirkan lah terutama kepada Muslim!

Apakah perlu satu projek mega seluas 55 ekar di Langkawi bernilai RM1.2 Billion? Langkawi itu sendiri “tanpa apa-apa” pembangunan adalah sebuah Pulau yang sangat indah dengan kecantikan semulajadinya. Bermakna, ianya tidak memerlukan pengubahsuaian yang besar tetapi mengekalkan keindahan semulajadi dengan kemudahan prasarana penginapan yang baik. Lainlah sepertimana projek di Pulau Sentosa Singapura, yang “tidak cukup” tanah dan tiada pesisir pantai yang panjang dan menarik, maka perlu duit billion dollar untuk menukarnya menjadi sebuah destinasi pelancungan utama Asia.

Itulah cara-cara Bin Mahathir berfikir. Projek Bakun yang seluas dan sebesar pulau Singapura di tengah-tengah bumi Sarawak juga menghadapi banyak masalah. Yang asalnya projek mega, maka mega juga kerajaan perlu tampung kosnya. Kemana Ekran Sdn Bhd, syarikat mega Ting Phek King yang menjadi orang rapat Mahathir? Ting Phek King gagal menyiapkan Projek Bakun dan akhirnya Ting Phek King diistiharkan muflis pada tahun 2010. Apakah Mukhriz tidak belajar dari bapanya?

Ini bukan Bin Laden, tapi Bin Mahathir yang sentiasa berminat dengan projek mega-mega. 

Kita perlu juga ingat dan tahu, prinsip UMNO tu mudah, bawa masuk projek, tunggu dapat kickback!

Terimakasih rakyat Kedah!

No comments:

Post a Comment