Thursday, July 11, 2013

TEORI KEJATUHAN DOMINO UMNO BERMULA DI KUALA BESUT?

Semua orang suka dan tahu mainan domino. Kejatuhan berturut-turut domino dilihat sangat menakjubkan dan cantik. Teori Domino mungkin mendapat ilham dari kejatuhan domino-domino. Maka dalam politik, teori kejatuhan sesebuah Negara juga dikaitkan dengan teori domino. Kejatuhan Kekuasaan USSR ( Union of Soviet Socialist Republics,1922-1991) atau Soviet Union atau lebih difahami Negara Rusia oleh orang Melayu Malaysia juga dikaitkan dengan teori domino selepas satu persatu negara gabungannya bangun menuntut hak demokrasi. 

Kejatuhan Kerajaan Sekular-Arab juga dikaitkan dengan manifestasi kejatuhan domino. Bermula di Turki, berterusan dengan Arab-Spring, Hosni Mubarak yang diktator memerintah Mesir dengan kuasa tentera yang pro-Amerika selama 30 tahun, akhirnya tumbang mengejutkan Dunia Arab dan Amerika-Israel. Maka tepatlah firman Allah swt:


تَبَارَكَ الَّذِي بِيَدِهِ الْمُلْكُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ (67:1)

67:1 Maha Suci Allah Yang di tangan-Nya lah segala kerajaan, dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu, (Al-Mulk:1)


قُلِ اللَّهُمَّ مَالِكَ الْمُلْكِ تُؤْتِي الْمُلْكَ مَن تَشَاء وَتَنزِعُ الْمُلْكَ مِمَّن تَشَاء وَتُعِزُّ مَن تَشَاء وَتُذِلُّ مَن تَشَاء بِيَدِكَ الْخَيْرُ إِنَّكَ عَلَىَ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ (3:26)

3:26 "Katakanlah: ""Wahai Tuhan Yang mempunyai kerajaan, Engkau berikan kerajaan kepada orang yang Engkau kehendaki dan Engkau cabut kerajaan dari orang yang Engkau kehendaki. Engkau muliakan orang yang Engkau kehendaki dan Engkau hinakan orang yang Engkau kehendaki. Di tangan Engkaulah segala kebajikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu." (Al-Imran: 26) 

Allah swt Maha Berkuasa ke atas segalanya. PRK01 Kuala Besut bermula pada hari ini 12 July 2013 bersamaan 3 Ramadhan. Pas mencari kemenangan DUN 16:16, UMNO mahu mengembalikan DUN 17:15. SPR yang kita lihat sangat pro-UMNOBN, telah memilih bulan Puasa, bulan Ramadhan sebagai gelanggang masa pertarungan. Suatu gelanggang masa yang sangat dicintai oleh PAS, dan sekalian orang-orang yang beriman. 


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِن قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ


2:183 Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa, (Al-Baqarah:183)

Bulan Ramadhan, Bulan Puasa adalah bukan bulan untuk orang-orang Islam, TETAPI bulan bagi orang-orang yang beriman mengejar ketaqwaan. Bulan Ramadhan bulan yang sangat dibenci oleh orang-orang munafik. Sesungguhnya, bulan Ramadhan adalah bulan Jihad melawan hawa nafsu diri. Sesungguhnya, Bulan Ramadhan adalah bulan Jihad Fisabilillah. Di gelanggang Ramadhan, menyaksikan kemenangan tentera Islam pimpinan Rasulullah saw menewaskan tentera Musyrikin di Medan Badar Al-Kubro. Di gelanggang Ramadhan juga menyaksikan kehancuran kebatilan ditangan kebenaran iaitu Peristiwa Besar Sejarah Islam, Pembukaan Kota Mekah oleh Rasulullah saw. Di gelanggang Ramadhan ini menyaksikan banyak  Sejarah Peperangan Islam, "yang sedikit mengalahkan yang banyak".

1. Maka di gelanggang masa Ramadhan ini, in shaa Allah, dengan izin Allah, "Pembukaan Kuala Besut" menjadi domino pertama dijatuhkan sebelum "Pembukaan Putrajaya". Naluri kuat saya menyatakan kemenangan berpihak kepada PAS, bermula dengan pemilihan Saudagar Islam, Sdr Che Long yang peramah dan disenangi oleh penduduk Kuala Besut. Lebih 5000 ahli PAS hadir semasa hari pengumuman Sdr Che Long sebagai calun oleh Hj Hadi.

Idris Jusoh, Ketua UMNO Bahagian Besut, merangkap Ahli Parlimen Besut, merangkap Menteri Pendidikan 2, dengan angkuh berkata UMNO akan menang dengan majoriti 4000. Keyakinan Idris Jusoh adalah berdasarkan kemenangan UMNO dalam PRU lepas sebanyak 2432 undi, dan pemilihan seorang jurutera awam Sdr Tg Zaihan mampu melonjak pertambahan majoriti lebih 1,700 undi menjadikan majoriti 4000 undi. Namun, naluri kuat saya menyatakan PAS menang dengan majoriti 400. Idris Jusoh akan selamanya diingati oleh PAS Terengganu sebagai "Arkitek Pilihanraya 2004" yang menjatuhkan Kerajaan PAS Terengganu. Kecemerlangan Idris Jusoh diambil oleh Najib sebagai "War Room" atau bilik perang UMNO untuk PRU13. Bagaimanapun, PAS khususnya tahu kekuatan utama Idris Jusoh adalah duit. Dan dia arif dan pandai menggunakannya sebaik mungkin. Apakah mungkin di bulan Ramadhan ini, rakyat Besut akan menerima kaedah Kelantan dan Husam, "ambil bila diberi, undi jangan diberi"? 

SPR yang dikecam hebat sebelum dan selepas PRU 13, lebih-lebih lagi dalam perhimpunan 15 siri Blackout505, nampak sangat beria-ria membuktikan mereka adalah "Bersih dan Berkecuali" dengan memperkenalkan dakwat celup yang lebih kekal dari perisa bewarna makanan. Maka saya yakin, PRK01 Kuala Besut ini adalah medan terbaik untuk SPR "membersih segala kotoran degil" di badan mereka , lebih-lebih lagi di bulan Puasa. Maka mungkin PRK ini adalah "yang terbersih dan terbaik" yang dikendalikan oleh SPR Aziz dan Wan Omar. Sebab kita sangat yakin, jika bertanding di padang yang sama rata, kita mampu menang PRK01 Kuala Besut.

2. Apakah selepas PRK01 Kuala Besut akan menyusul lagi beberapa siri PRK sebagaimana pasca PRU12? Jangan lupa, PAS Terengganu ada lagi patisyen yang belum dibicarakan.  Patisyen Pilihanraya Selising,Kelantan sudah selesai. Selising kekal bersama UMNO. Apa yang menarik perhatian saya adalah begitu cepat Mahkamah menyelesaikan Patisyen pilihanraya. Saya katakan ,Alhamdulillah, suatu petanda yang sangat baik, bermakna, Mahkamah akan dengan segera menyelesaikan Patisyen Pilihanraya. Pengajaran dapat diambil di Selising Kelantan, bukti-bukti cukup kuat tetapi PAS mungkin "gelojoh" sedikit mengemukakan patisyen hingga menyalahi prosedur-prosedur patisyen. Bererti, Selising kalah kerana masalah teknikal PAS. 

Itu satu pengajaran yang sangat baik. Apakah menyusul 6 patisyen DUN Perak? UMNO hanya berkelebihan 3 kerusi di DUN Perak. Andaikata dari 6 patisyen, 4 PAS menang, bermakna 4 DUN akan menghadapi pilihanraya semula. Saya optimis dan yakin, PAS Perak yang diketuai oleh seorang jurutera professional bertaraf IR, Sdr Nizar, Mantan MB Perak yang "mohon sembah derhaka" kepada Duli Tuanku Sultan kerana berbeza pendapat, sudah bersiap sedia dengan segala prosedur dan bukti bagi mengembalikan Kerajaan Perak ke pangkuan PR. 

3. Apakah selepas siri DUN Perak, akan membuka jalan kepada patisyen 30 Parlimen yang diketuai oleh anak muda Terengganu yang genius, hinggakan Azalina MP Pengerang berseloroh untuk melantik Rafizi Ramli sebagai "Campaign Manager" nya untuk bertanding jawatan Ketua Wanita UMNO pada PAU2013 di bulan Nov-Disember nanti? Sesungguhnya, Patisyen pilihanraya di DUN Perak dan Parlimen Malaysia sangat meresahkan Najib lebih-lebih lagi Najib dilihat pengaruhnya diragui selepas buat pertama kali dalam sejarah pilihanraya Malaysia, UMNOBN gagal mendapat UNDI POPULAR, hanya berpuas hati dengan 47% undi popular. 

4. Keresahan Najib menghadapi Pemilihan Agong UMNO 2013 (PAU2013) pada hujung tahun  nanti, mungkin menyebabkan Najib gagal memberi tumpuan kepada patisyen-patisyen pilihanraya terutama Patisyen Parlimen. Kesempatan ini akan digunakan sebaik mungkin untuk PR "menyerang" BN di saat mereka "kelemasan". Pemilihan UMNO nanti juga bakal berlaku kejutan, yang bagi UMNO adalah untuk kebaikan UMNO, tetapi hakikatnya, apa jua keputusan PAU2013, sebenarnya tidak akan menguatkan UMNO tetapi sebaliknya semakin melemahkan UMNO. AHLI UMNO sendiri masih dalam dilemma (ciptaan mereka sendiri) samada mengekalkan Najib atau merehatkan Najib. Ada kemungkinan besar akan berlaku satu fenomena perubahan besar dalam lanskap politik Malaysia sejurus selepas PAU2013. 

5. Sejarah Dunia menunjukkan bahawa tiada Negara yang menang pilihanraya umum dengan gagal mendapat majoriti UNDI POPULAR dapat bertahan lama. Gagal mendapat undi popular bererti ia sebuah kerajaan yang tidak popular di kalangan rakyat. Bagaimana Suharto boleh tumbang? Apakah Suharto gagal mendapat undi popular? TIDAK. Bahkan Suharto menang semula pilihanraya Presiden Indonesia dengan lebih besar dan bergaya. Tetapi dengan kuasa Allah swt, Suharto tumbang hanya selepas 3 bulan menang besar pilihanraya Presiden. Jika Suharto dan partinya menang besar, inikan pula Najib yang menang sangat tipis dan kemenangannya diselubungi "penipuan" dakwat perisa makanan yang kekal! 

6. Lawatan Tg Razaliegh (Ku Li) ke Sarawak telah mencetuskan berbagai polemik dan persepsi politik. Dalam keadaan Ketua Menteri nya paling lama berkuasa di dunia, mengatasi lamanya Hosni Mubarak, apakah "lawatan" SPRM ke Sarawak dan Taib Mahmud bakal membuka ruang perubahan  politik di Sarawak? semua sediamaklum betapa beberapa Ahli Parlimen BN tidak berpuashati dengan perlantikan Menteri Kabinet yang tidak menunjukkan hierarki kekananan di antara parti gabungan BN di Sarawak. Apa yang Ku li lawat dan lakukan di Sarawak sukar untuk diterjemahkan, akan tetapi dengan kedudukan Taib Mahmud yang goyang, tidak mustahil beberapa ahli Parlimen BN luntur kesetiaannya kepada Taib Mahmud dan BN mengubah haluan. Najib tiada kata putus yang jelas dan tegas bila masuk teritori Sarawak! 

7. Perlantikan ahli UMNO menerajui beberapa GLC utama yang sangat berkaitrapat dengan persepsi keIslaman boleh diibaratkan sebagai "sokong membawa rebah". Azeez Somalia, Azeez Gaza, Azeez Baling menerajui Tabung Haji yang mempunyai aset 35billion ringgit terus dipertikaikan rakyat. Perlantikan Rais Yatim sebagai orang besar UIA dengan isterinya yang "berhijab" mengundang rasa tidak selesa dan senang bukan sahaja bagi warga UIA, tapi juga kepada seluruh rakyat. 

8. Agenda hiburan mengatasi agenda pendidikan agama. Kita sedia maklum projek emas bekas MB Kedah adalah Maahad Tahfiz Sains, pulau Toba, Langkawi dan semestinya KUIN. UMNO dilihat mahu "menghapuskan" segala legasi kepimpinan PAS Kedah. Sedangkan perkara tersebut sangat disayangi oleh rakyat Kedah sendiri. Dalam pada Mukhriz menyatakan sumber kewangan Kedah yang terhad sebagai alasannya, secara tiba-tiba Najib memberi pinjaman setengah billion ringgit atu 500 juta kepada usahawan baru India, Tan Sri Eswaran untuk membuka saluran TV baru 500 saluran tanpa henti. Rakyat sedang memerhatikan "kejelekan" pemilihan dan pemerintahan Najib.

9. Keberanian Hakim-Hakim semakin terserlah. Kita melihat, Hakim-Hakim Malaysia hari ini semakin berani menyatakan yang hak dan yang benar tanpa perasaan terbelenggu dan takut kepada kerajaan yang melantiknya. Hakim Tan Sri Rauf, Hakim Presiden Mahkamah Rayuan, mengarahkan kes Dato'Seri Zahid Hamidi, Menteri Dalam Negeri, yang disaman "serangan dan cubaan bunuh" dibicarakan di Mahkamah Tinggi. Sebelum itu, Hakim VT Singham, Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, memberi keputusan Mahkamah kes Kugan yang mati dalam lokap polis Taipan, mensabitkan Ketua Polis Selangor ada masa kejadian (Ketua Polis Negara, sekarang) bertanggungjawab sepenuhnya ke atas kematian Kugan di lokap polis. Sebelum itu juga, Hakim Zamri Bakar, Hakim Mahkamah Seksyen Johor Baharu, "menghantar" kerabat diraja Johor, Tunku Nick Tazuddin Izwan Syah Tunku Qadir, ke penjara selama 4 tahun. Beberapa keputusan Mahkamah yang memenuhi citarasa rakyat ini bakal memberi inspirasi baru kepada beberapa patisyen pilihanraya yang akan diadakan diseluuh negara.

10. Keberanian dan kegarangan Zahid Hamidi mempertahankan beberapa akta lapuk kata Najib Razak, bagi saya akan mempercepatkan usia UMNO. Terkini Zahid menentang IPCPM yang baginya menghalang proses keadilan dan bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan. Apakah Zahid memperlekehkan Pak Lah dan beberapa bekas Hakim Negara yang menjadi ahli panel suruhanraya IPCPM? Zahid sebenarnya merasa tergugat kedudukannya dalam PAU2013 akan datang, mengambil langkah drastik dan berani bagi menunjukkan seolah-olah dialah Lelaki Melayu terakhir Malaysia. Zahid tidak syak akan membawa UMNO masuk gaung dan jurang yang dalam.


RUMUSAN saya, Kerajaan Najib 47% ini, in shaa Allah,  tidak akan kekal sebelum PRU14. Rentetan peristiwa semasa, terutamanya beberapa siri PRK selepas patisyen pilihanraya bakal menumbangkan Kerajaan 47%. Najib dan UMNO kena ingat ayat-ayat Quran di atas, Allah Maha Berkuasa, dan Segala kerajaan adalah dibawahNya. Najib dan UMNO kena ingat, "YANG MENANG TIDAK SELALUNYA TERUS MENANG, YANG KALAH TIDAK SELALUNYA TERUS KALAH. MENANG KALAH AKAN DATANG SILIH BERGANTI"

No comments:

Post a Comment