Tuesday, September 2, 2014

Muktamar Pas 2014: Kemana PAS mahu dibawa?


Kemelut atau Krisis MB Selangor, membawa kepada persoalan, “Kemana halatuju PAS”?

Ia menjadi tandatanya kerana krisis tersebut membawa "perang hujah" antara Bendahara, Temenggong, Panglima , Laksamana dan hulubalang serta pengikut kumpulan masing-masing.

Sudah tentu, jawapannya perlu ditanya kepada Kepimpinan.
Sudah tentu, salah satu persoalan perlu dijawab, “Adakah Tahaluf-Siyasi Pas dalam Pakatan Rakyat masih relevan”?

Pas Kawasan akan membuat usul. Pas Negeri akan membuat usul. Pas Pusat akan membuat keputusan. Majlis Syura Ulama akan memutuskan segalanya. Muktamar akan mengesahkan keputusan muktamad.

Elok juga soalan ini dilontarkan kepada ahli. Dan ahli perlu membahaskan dengan penuh hikmah, matang dan bijaksana. Bukan emo, bukan tuduh menuduh. Elakkan kata-kata menyinggung perasaan sesama ahli. Munafik Haraki dan Pengkhianat tidak wajar disebut-sebut, diulang-ulang! Kurang kebaikan, banyak keburukan!

“Kemana halatuju PAS”?
“Adakah Tahaluf-Siyasi Pas dalam Pakatan Rakyat masih relevan”?

2 soalan yang boleh dirangkum menjadi satu. Jika ditanya kepada saya, jawapannya;
 1. Perkukuhkan Pakatan Rakyat 
2. Sangat perlu kajian semula dan penambahbaikan dalam terma dan syarat Tahaluf-Siyasi.

A.Tiada ragu-ragu, Pakatan Rakyat adalah satu mekanisma dan formula terbaik untuk menentang kezaliman UMNOBN. 

Sejak 2008-2014, PR sangat signifikan dan relevan meminimakan karakusan kezaliman UMNOBN. 

Tidak wajar ada pihak tertentu meremehkan Kemenangan PR! Kata-kata, “Allah tidak melihat kemenangan kita, TAPI Allah melihat usaha perjuangan kita”, seolah-olah meremehkan Kemenangan PR pada tahun 2008 dan 2013. Saya bukan ahli agama, atau alim ulama, maka saya tidak berhasrat membahaskan dalam kontek syariat yang details. 

Adakah ianya bermaksud Kemenangan PR ini tidak diredhai Allah? 
Bagaimana pula dengan Kekalahan yang dimurkai Allah?

Kemenangan dalam Sistem Demokrasi ini, bererti beroleh Kuasa Pemerintahan. Mengisi Kemenangan bererti bagaimana Perlaksanaan Pemerintahan  dilakukan. Tanpa kuasa pemerintahan, Pemuda Pas akan terus menerus melakukan demontrasi membantah konsert konsert di luar stadium. Dengan kuasa Pemerintahan, tiada lagi demontrasi, kuasa boleh menghalang kemungkaran.

Yang lebih penting, dengan kemenangan, kerja-kerja dakwah mampu dilakukan dengan lebih meluas dan berkesan. Contoh kita boleh tengok pengembangan kerja kerja dakwah di Selangor dan Pulau Pinang. Tanpa kuasa, seperti di Terengganu, Ustaz Azhar Idrus, anak jati kelahiran Terengganu diharamkan memberi ceramah agama. 

B.Kajian semula dan penambahbaikan terma dan syarat Tahaluf-Siyasi. 

Perkara ini, pemimpin AJK PAS Pusat dan PAS Negeri2, terutama Negeri dibawah Pakatan Rakyat, seperti Selangor, Pulau Pinang, Kelantan dan satu ketika Perak, tentunya sangat memahami apa yang perlu diperbaiki. 

Bagaimanapun, pembahagian kerusi pilihanraya dilihat tidak adil untuk PAS berbanding dengan PKR. DAP tiada sangat masalah pembahagian kerusi . Pembahagian kerusi perlu berdasarkan pengaruh parti dan kekuatan jentera pada sesuatu kawasan DUN dan Parlimen. Contoh di Kelantan, Parlimen Ketereh dan DUNnya. Kesemua DUN ditandingi dan dimenangi oleh PAS, tapi Parlimen ditandingi dan kalah oleh PKR. Sewajarnya Parlimen juga diserah kepada PAS. 

PKR sewajarnya menumpukan kekuatan dan pengaruhnya di kawasan Pantai Barat Semenanjung, bukan di seluruh Semenanjung terutama di Pantai Timur. 

PKR dilihat tamak dan mahu menjadi Parti paling dominan dalam Pakatan Rakyat dengan bertanding begitu banyak kerusi, walaupun hakikatnya, sebahagian besar kerusi2 tersebut, pengaruh dan kekuatan PKR sangat minima, berbanding dengan Pas. PKR perlu realistik dalam pembahagian kerusi pilihanraya.  PKR perlu sedar, parti mereka masih lagi “baru” berbanding dengan PAS dan DAP. Sangat tidak adil jika PKR Cuma ada 3-4 ranting @ cawangan dalam satu DUN tapi mendapat hak bertanding!

……Pengkalan Kubur menanti ! Menguji setiakawan PAS dan PKR, dalam keadaan Krisis MB masih tiada penghujungnya…..

No comments:

Post a Comment