Wednesday, May 29, 2013

I LOVE PM, BETUL KATA MAHATHIR.

Selepas Daim secara terbuka mengkritik strategi Najib dalam PRU13, muncul pula Zainudin Maidin menyokong dan mengkritik keras slogan kempen Najib, “I love PM”. Daim menerusi wawancara dengan China Press berkata pilihanraya ini adalah Pilihanraya Parlimen bukannya Pilihanraya Presiden. Beliau dengan serius mahu penasihat Najib dipecat.

“This is a parliamentary election, not a presidential election. The PM’s advisors should be sacked.” Kata Daim.

Zam juga mahu penasihat Najib dipecat. Zam bukan sahaja menyatakan slogan “I Love PM” itu memualkan, bahkan juga mengkritik penampilan Najib sebagai student leader style . Ini satu tamparan hebat buat Najib. Boleh diertikan juga sebagai satu penghinaan kepada Najib.

"His advisors have their heads in the clouds without their feet touching ground. These are the advisor who should be sacked," kata Zainudin Maidin, Mantan Menteri Penerangan dan Ketua Pengarang Utusan Malaysia. 

"Please tell them to stop showing the bannar 'I Love PM'. It is disgusting. Najib should present himself as a serious statesman not as a student leader style", tambah Zam.


Kita sudah kenal siapa penasihat Najib. Sekurang-kurangnya kita tahu siapa setpol Najib, dan juga siapa strategis “War Room” Najib. Kelima-lima setpol Najib sendiri kalah di medan PRU13 baru-baru ini. Manakala strategis bilik perang Najib itu adalah orang lama dan berpengaruh dalam UMNO. Siapa orang UMNO tak kenal, Idris Jusoh, Jamaludin Jarjis, Tg Adnan, dan Maslan. Mampukah Najib memecat setpol dan panglima bilik perangnya?

Atau ini semua agenda untuk menjatuhkan Najib?

Bagaimanapun Langitbiru bersetuju dengan strategi penasihat atau bilik perang Najib, menonjolkan imej Najib sebagai modal kempen utama. Kalau tak buat begitu, bolehjadi UMNOBN lagi kalah teruk. Siapa hulubalang Panglima UMNO yang berpotensi untuk ditonjolkan sebagai bahan kempen PRU? Bolehkah Noh Omar diwar-warkan sebagai bakal MB Selangor dalam kempen PRU? Tepat sungguh tindakan Najib ketepikan Noh Omar. Tengoklah ulasan Noh Omar minta 51% pengundi Malaysia masuk hutan kalau tak setuju dengan sistem Pilihanraya. Beliau tak berapa nak faham kehendak rakyat. Majoriti rakyat bukan tidak setuju dengan sistem pilihanraya, tetapi tidak setuju cara sistem itu dijalankan oleh SPR yang tidak adil. Itu pun tak faham!

Dan siapa lagi yang mampu ditonjolkan? Sebenarnya, di dalam UMNO hari ini sangat-sangat ketandusan pemimpin berjiwa rakyat, tiada karisma pemimpin, tidak menonjol dan berkebolehan, gagal berhujah dengan fakta dan airmukapun tidak melambangkan pemimpin yang berkaliber. Pendek kata, tiada pemimpin UMNO hari ini sesuai dibawa ke depan.

MAKA benarlah kata Mahathir, UMNO tiada pemimpin alternatif  lain selain Najib Razak. Bermakna, pemimpin UMNO yang ada sekarang hanya tinggal yang bertaraf kayu reput dan sabut kering!

Rujukan:
 1.   Ex-minister says disgusted by ‘I love PM’ campaign
http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/ex-minister-says-disgusted-by-i-love-pm-campaign/
  1. 2.   “Incorrect Strategy Cost BN Votes”
http://www.blogger.com/comment.g?blogID=22873867&postID=7413609957349565713

  1. 3.   Mahathir says Umno has no alternative to Najib
http://www.malaysiakini.com/news/231209

Saturday, May 25, 2013

MENUNGGU KATA DARI ANWAR.




Presiden BN adalah DS Najib. Kesemua 13 parti komponen BN, parti ke 14 nya Hindraff dan k e 15 nya SPR membuta tuli mengikut segala kata-kata dan kehendak DS Najib. Itu dalam BN.
PR belum ditubuhkan sebagai sebuah organisasi politik. Proses pendaftarannya pernah dilakukan oleh Zaid Ibrahim, entah macammana ianya tersangkut dipukat harimau. Kekallah PR sebuah entiti organisasi maya TETAPI memegang kuat kepada semangat setiakawan. DS Anwar telah diiktiraf sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen pasca PRU2008, juga telah diiktiraf sebagai Ketua Umum Pakatan Rakyat.

Sepanjang tempoh 5 tahun dari 2008 hingga 2013, PR mendapat sokongan kuat dari rakyat. PRU13 mendapat jolokan “Ibu Segala PRU” kerana kekuatan pengaruh PR di kalangan rakyat. DAN pada PRU13, PR telah membuktikan tanggapan sebelum ini bahawa mereka lebih kuat dari BN. Semuanya kerana kesefahaman dan kesepaduan setiakawan antara 3 parti komponen PR, iaitu PKR,DAP,dan PAS. Selama tempoh itu juga kepimpinan PR menyokong penuh tindakan politik yang diambil oleh DSAnwar.

Pasca PRU13, PR menang moral dengan mandat 51%  berbanding BN 47%, TETAPI kalah kerusi di Parlimen. Hakikatnya, kemenangan BN dilihat penuh dengan pelbagai muslihat. PURATA Peratusan keluar mengundi seluruh negara 84.5% dilihat sangat sukar untuk dipercayai. Di Kedah, hampir kesemua kawasan peratusan keluar mengundi antara 85%-90%, dengan peningkatan jumlah pengundi baru tersangat tinggi antara 20-35% berbanding peningkatan purata pengundi 7-8% pada PRU2008. Di kerusi majoriti pengundi Melayu yang dimenangi UMNO, peratusan keluar  mengundi sangat tinggi berbanding dengan kawasan yang dimenangi PKR dan PAS.
                                                                Jumlah Pengundi                             Peratusan Mengundi
P3 - ARAU

43969


38312(87.1%)
P5 - JERLUN

52507


45782(87.2%)
P7 - PADANG TERAP
42045


37800(89.9%)
P11 - PENDANG

70273


62451(88.9%)
P13 - SIK

46874


41992(89.6%)
P16 - BALING

93376


82904(88.8%)
P26 - KETEREH

62341


53726(86.2%)
P27 - TANAH MERAH
58356


49872(85.5%)
P29 - MACHANG

59344


51244(86.4%)
P30 - JELI

43340


37599(86.8%)
P41 - KEPALA BATAS
51743


46665(90.2%)
P42 - TASEK GELUGOR
54141


48009(88.7%)
P53 - BALIK PULAU
49641


43709(88.1%)

Tidak cukup dengan itu, pelbagai kejadian yang sangat meragukan seperti blackout di beberapa tempat, para pengundi berdaftar yang sangat mencurigakan, operasi pembelian undi dan pelbagai kekeliruan teknikal menyaksikan PR tewas di beberapa kerusi Parlimen. Ekoran dari itu, DSAnwar melancarkan siri jelajah rally seluruh Negara memprotes ketidakadilan SPR . 9 siri jelajah rally seluruh Negara menyaksikan puluhan ribu hingga seratus ribu rakyat turun secara spontan dan ikhlas menyahut seruan memprotes ketidakadilan SPR. Sokongan yang diterima dari seluruh Negara adalah “compatible” dengan kemenangan moral PR dalam PRU13. Momentum dilihat sangat konsisten dan kuat tidak menggambarkan PR sebenarnya kalah dalam PRU13.

Pendokong ketiga-tiga parti menyokong penuh tindakan politik yang diambil oleh DSAnwar, baik sebelum PRU13 mahupun selepas PRU13. INI bererti, DS Anwar masih dan sangat diperlukan oleh kepimpinan PR. Orang Islam sangat-sangat dinasihatkan agar “tidak dipatuk oleh ular dari lubang yang sama sebanyak 2 kali”. TETAPI dalam permainan politik Malaysia, pembangkang sudah dipatuk 13 kali dari lubang yang sama. Manipulasi pilihanraya oleh parti pemerintah dianggap oleh Dr Yusof Al-Qaradawi  dalam bukunya “Fiqah Daulah” sebagai sifat KEMUNAFIKAN DAN KEMURTADAN pemerintah yang MENGAMBIL HAK KEMENANGAN RAKYAT melalui penipuan.

Atas dasar ini, Langitbiru menyokong sepenuhnya “lawan tetap lawan” siri Rally Blackout 505 seluruh Negara. Atas dasar ini juga, Langitbiru menyeru dan menyokong apa jua tindakan politik yang diambil oleh kepimpinan PR dan DSAnwar. Tidak timbul soal “taksub kepada Anwar”, kerana ini bukan soal taksub tetapi soal HAK MUTLAK RAKYAT di peti undi demokrasi telah dicabul oleh “parti ke 15” BN. Atas dasar ini, pendokong parti PR sewajarnyanya patuh segala tindakan politik yang bakal diambil oleh kepimpinan PR.

KITA SEBENARNYA MENUNGGU KATA DARI KEPIMPINAN PR DAN ANWAR.

Wednesday, May 22, 2013

PAU UMNO 2013 : NAJIB AKAN SELAMAT


Selepas PRU13, ramai berkata Najib bakal dicantas pada PAU 2013 nanti. Alasannya tidak lain adalah pencapaian Najib lebih teruk dari Pak Lah pada PRU13. Pak Lah dapat 140 kerusi Parlimen. Najib dapat 133 kerusi Parlimen. Pak Lah masih dapat undi popular. Najib hilang undi popular, hanya setakat 46.8%. Tapi jangan lupa, Najib dapat 88 kerusi Parlimen UMNO, berbanding Pak Lah 79 Parlimen UMNO.Mahathir dengan sinis berkata Najib bukan sahaja Presiden UMNO tetapi Presiden BN.

Kita tinggalkan dulu soal pencapaian kerusi PRU2013. Kita kembali kepada perkara asas dan pokok parti UMNO, iaitu para pendokong ahli UMNO. Pemimpin UMNO semasa berkempen pilihanraya menyeru rakyat Malaysia KHUSUSNYA MELAYU KAMPONG, supaya jangan ubah Kerajaan BN nanti Melayu tergadai, Islam terpinggir dan ekonomi bankrap. Dalam pengertian lain, UMNO sudah sekian lama menanam di kotak fikiran Melayu dan khususnya ahli UMNO tetap setia dengan kepimpinan parti,jangan berubah. Maka orang UMNO tidak berani untuk berubah,berhijrah ke arah lebih baik kerana itu yang diajar oleh pemimpin mereka. Jangan lawan pemimpin, jangan tegur pemimpin. Sesiapa yang bercakap menegur pemimpin akan dicop sebagai menentang arus. Terus sahaja dicantas layu jatuh kebumi.

UMNO melalui agen propaganda mereka, Utusan Malaysia sangat berjaya menyemai benih kebimbangan dan ketakutan akan kehilangan kuasa UMNO di kalangan MELAYU KAMPONG. Melayu Kampong takut untuk membuat perubahan walaupun jauh di sudut hati mereka apa yang dicanangkan dan dicadangkan pembangkang itu banyak kebaikan dan kebenarannya. Kebanyakan Melayu Kampong yang masih menyokong UMNO majoritinya terdiri dari saluran satu dan dua. Kedua-dua saluran ini sudah pasti takut untuk melakukan perubahan baik perubahan kepimpinan negara, mahupun perubahan dalaman kepimpinan UMNO.

Sejarah  UMNO itu sendiri menyaksikan hanya 3 pertandingan sengit merebut kerusi Presiden. Tunku Abdul Rahman pernah ditentang oleh bekas aktivis KMM dan menang tipis. Hussain Onn pernah ditentang oleh proksi Mahathir, walaupun menang tetapi mengambil keputusan untuk berundur. Paling sengit dalam sejarah UMNO adalah PAU 1987, Mahathir lawan Ku Li. Sejak dari tahun 1946, hanya 3 pertandingan sengit berlaku. Itulah UMNO, mereka takut untuk melakukan perubahan. 

Atas dasar ketakutan dan kebimbangan ini, pendokong UMNO di kampong-kampong yang terdiri sebahagian besarnya dari saluran 1 dan 2,   yang sudah sekian lama minda dijajah oleh kepimpinan UMNO, sekali-kali tidak akan melakukan perubahan dalaman kepimpinan UMNO.  Mereka juga takut parti mereka berpecah dan lemah. Mereka juga sedar dalam budaya pertandingan UMNO,"yang menang jadi arang, yang kalah jadi abu". Dengan itu mereka akan mengekalkan kepimpinan Najib. Dan Najib akan selamat. 

Realitinya, UMNO sudah hilang pengaruhnya di kawasan bandar-bandar. Presiden Najib kata Tsunami Cina. Tapi saya setuju dengan pembangkang, Tsunami Kota sebenarnya sudah berlaku. Ombak tsunami itu tidak sampai ke kampong-kampong Melayu. Lambat laun ombak tsunami itu akan sampai jua di kampong-kampong Melayu. Yang menariknya, pemimpin UMNO mula rasa tidak selesa di kota-kota, sebabnya mereka sedar majoriti orang KOTA menolak UMNO. Kiri kanan, depan belakang, bila mereka berpaling "semuanya" tunjuk muka protes kemenangan mereka. Di Kota Najib mungkin tergugat, TETAPI di kampong-kampong sangat sukar untuk menyakinkan mereka.

KESIMPULANNYA, UMNO KEKAL SEBAGAI PARTI KAMPONG