Presiden BN adalah DS Najib. Kesemua 13 parti komponen BN,
parti ke 14 nya Hindraff dan k e 15 nya SPR membuta tuli mengikut segala
kata-kata dan kehendak DS Najib. Itu dalam BN.
PR belum ditubuhkan sebagai sebuah organisasi politik.
Proses pendaftarannya pernah dilakukan oleh Zaid Ibrahim, entah macammana ianya
tersangkut dipukat harimau. Kekallah PR sebuah entiti organisasi maya TETAPI
memegang kuat kepada semangat setiakawan. DS Anwar telah diiktiraf sebagai
Ketua Pembangkang di Parlimen pasca PRU2008, juga telah diiktiraf sebagai Ketua
Umum Pakatan Rakyat.
Sepanjang tempoh 5 tahun dari 2008 hingga 2013, PR mendapat
sokongan kuat dari rakyat. PRU13 mendapat jolokan “Ibu Segala PRU” kerana
kekuatan pengaruh PR di kalangan rakyat. DAN pada PRU13, PR telah membuktikan
tanggapan sebelum ini bahawa mereka lebih kuat dari BN. Semuanya kerana
kesefahaman dan kesepaduan setiakawan antara 3 parti komponen PR, iaitu PKR,DAP,dan
PAS. Selama tempoh itu juga kepimpinan PR menyokong penuh tindakan politik yang
diambil oleh DSAnwar.
Pasca PRU13, PR menang moral dengan mandat 51% berbanding BN 47%, TETAPI kalah kerusi di
Parlimen. Hakikatnya, kemenangan BN dilihat penuh dengan pelbagai muslihat. PURATA
Peratusan keluar mengundi seluruh negara 84.5% dilihat sangat sukar untuk
dipercayai. Di Kedah, hampir kesemua kawasan peratusan keluar mengundi antara
85%-90%, dengan peningkatan jumlah pengundi baru tersangat tinggi antara 20-35%
berbanding peningkatan purata pengundi 7-8% pada PRU2008. Di kerusi majoriti
pengundi Melayu yang dimenangi UMNO, peratusan keluar mengundi sangat tinggi berbanding dengan
kawasan yang dimenangi PKR dan PAS.
Jumlah
Pengundi Peratusan
Mengundi
P3 - ARAU
|
|
43969
|
|
38312(87.1%)
|
|
P5 - JERLUN
|
|
52507
|
|
45782(87.2%)
|
|
P7 - PADANG TERAP
|
42045
|
|
37800(89.9%)
|
||
P11 - PENDANG
|
|
70273
|
|
62451(88.9%)
|
|
P13 - SIK
|
|
46874
|
|
41992(89.6%)
|
|
P16 - BALING
|
|
93376
|
|
82904(88.8%)
|
|
P26 - KETEREH
|
|
62341
|
|
53726(86.2%)
|
|
P27 - TANAH MERAH
|
58356
|
|
49872(85.5%)
|
||
P29 - MACHANG
|
|
59344
|
|
51244(86.4%)
|
|
P30 - JELI
|
|
43340
|
|
37599(86.8%)
|
|
P41 - KEPALA BATAS
|
51743
|
|
46665(90.2%)
|
||
P42 - TASEK GELUGOR
|
54141
|
|
48009(88.7%)
|
||
P53 - BALIK PULAU
|
49641
|
|
43709(88.1%)
|
Tidak cukup dengan itu, pelbagai kejadian yang sangat
meragukan seperti blackout di beberapa tempat, para pengundi berdaftar yang
sangat mencurigakan, operasi pembelian undi dan pelbagai kekeliruan teknikal
menyaksikan PR tewas di beberapa kerusi Parlimen. Ekoran dari itu, DSAnwar
melancarkan siri jelajah rally seluruh Negara memprotes ketidakadilan SPR . 9
siri jelajah rally seluruh Negara menyaksikan puluhan ribu hingga seratus ribu
rakyat turun secara spontan dan ikhlas menyahut seruan memprotes ketidakadilan
SPR. Sokongan yang diterima dari seluruh Negara adalah “compatible” dengan
kemenangan moral PR dalam PRU13. Momentum dilihat sangat konsisten dan kuat
tidak menggambarkan PR sebenarnya kalah dalam PRU13.
Pendokong ketiga-tiga parti menyokong penuh tindakan politik
yang diambil oleh DSAnwar, baik sebelum PRU13 mahupun selepas PRU13. INI
bererti, DS Anwar masih dan sangat diperlukan oleh kepimpinan PR. Orang Islam
sangat-sangat dinasihatkan agar “tidak dipatuk oleh ular dari lubang yang sama
sebanyak 2 kali”. TETAPI dalam permainan politik Malaysia, pembangkang sudah
dipatuk 13 kali dari lubang yang sama. Manipulasi pilihanraya oleh parti
pemerintah dianggap oleh Dr Yusof Al-Qaradawi dalam bukunya “Fiqah Daulah” sebagai sifat KEMUNAFIKAN
DAN KEMURTADAN pemerintah yang MENGAMBIL HAK KEMENANGAN RAKYAT melalui
penipuan.
Atas dasar ini, Langitbiru menyokong sepenuhnya “lawan tetap
lawan” siri Rally Blackout 505 seluruh Negara. Atas dasar ini juga, Langitbiru
menyeru dan menyokong apa jua tindakan politik yang diambil oleh kepimpinan PR
dan DSAnwar. Tidak timbul soal “taksub kepada Anwar”, kerana ini bukan soal taksub
tetapi soal HAK MUTLAK RAKYAT di peti undi demokrasi telah dicabul oleh “parti
ke 15” BN. Atas dasar ini, pendokong parti PR sewajarnyanya patuh segala
tindakan politik yang bakal diambil oleh kepimpinan PR.
KITA SEBENARNYA MENUNGGU KATA DARI KEPIMPINAN PR DAN ANWAR.
No comments:
Post a Comment