Sunday, December 15, 2013

SUNRISE In Sydney. SUNSHINE In Las Vegas.


MELIHAT MATAHARI terbit adalah satu nikmat pemandangan yang sangat cantik dan bermakna. Suasana dingin di dinihari dan beransur-ansur hilang kedinginannya dengan terbitnya matahari satu pengalaman yang sangat sukar untuk digambarkan. MAKA, bagi mereka yang bermalam di tepi pantai, pengalaman ini mesti dikejar dan ditunggu-tunggu, jangan dibiarkan terlepas. BAGI mereka yang tidak beriman kepada Allah swt, mereka menikmati pemandangan tersebut tanpa apa-apa perasaan kepada Allah. BAGI mereka yang beriman kepada Allah swt, kecantikan tersebut dengan cepat mengingatkan mereka kepada kebesaran Allah swt, Subhanallah! 

Seorang pelayar dalam blog "The Scribe A Kadir Jasin", dalam artikel "Wanita Chief and the Grandmaster", menamakan dirinya Zainol, menceritakan perjalanan percutian AhJibGor dan isterinya. Zainol bercerita, "Tahun lepas dia pergi cuti di LA. Mereka sewa kapal terbang Boeing 747. Mereka terbang dari LA ke Sydney nak tengok matahari naik di Sydney. Lepas itu mereka terbang dari Sydney ke Las Vegas untuk tengok kali kedua matahari naik. Sebab Amerika satu hari lambat dari Australia". Oleh kerana cerita Zainol ini "telah ditapis" dan dibenarkan disiarkan dalam Tuan punya rumah, Dato' A Kadir Jasin, Tokoh Wartawan Negara, maka saya mengambil kesimpulan kebarangkalian cerita ini benar adalah sangat tinggi. Inilah barangkali maksud WASATIYYAH yang dilaungkan oleh AhJibGor.

Dato' Kadir Jasin, nama yang tidak asing lagi terutamanya dalam bidang kewartawanan dan politik tanah air, sejak akhir-akhir ini "membawa perangai lamanya" seperti semasa Pak Lah menjadi PM, kali ini mengkritik Najib terus terang tanpa berlapik dan berselindung. Sebagaimana serangan Kadir Jasin terhadap Pak Lah dulu, yang akhirnya Pak Lah 'tunduk" kepada tekanan,  apakah kedudukan Najib juga goyang?

Dato' Kadir sangat-sangat tidak berkenan dengan "peranan" Rosmah dalam kamus Pentadbiran Negara. Bukan pertama kali  Dato' Kadir menegur dan mengkritik Najib kerana persepsi penglibatan Isterinya Rosmah dalam urusan Negara. Kata Dato' Kadir, "Saya dah berbuih mulut macam lembu kena penyakit kuku dan mulut agar Rosmah masuk politik, dilantik menjadi menteri. Malah menjadi Perdana Menteri jika mendapat kepercayaan rakyat jelata". Mungkin Dato' Kadir tidak dapat menahan "amarahnya" bilamana AhJibGor secara terbuka memuji melangit isterinya sebagai berjasa kepada Negara kerana membantu pelajar Malaysia di Mesir. Dato' Kadir Jasin secara sinis mencadangkan beberapa Menteri yang tidak "perform" wajar digugurkan kerana Rosmah terlibat di sana sini dalam tugas tugas yang sepatutnya dilaksanakan oleh menteri-menteri berkenaan. 

Ketidakpedulian Dato' Kadir Jasin terhadap AhJibGor semakin terserlah hinggakan Ketua Wanita UMNO, Kak Ijat yang memuji-muji AhJibGor juga "dibelasah" oleh Dato' Kadir Jasin. Dato' Kadir Jasin menggunakan "peluru lama" untuk "menembak" Ketua Wanita UMNO dengan kes NFC. Dato' Kadir seperti mempertikaikan moral dan tanggungjawab Ketua Wanita UMNO berhubung dengan beberapa kenyataan Ketua Wanita itu dalam isu NFC; "What about Shahrizat the enchantress herself? The grandmaster does not know? The Pergerakan Wanita does not know? That is why, in NFC case, although she stayed in same house and slept in same bed with her spouse, she did not know what he and their children were doing"

Sekarang, Ketua Wanita itu mengaku Pergerakan Wanita adalah tulang belakang UMNO. Antara lain beliau mungkin bermaksud Ketua Wanita yakni beliau adalah tulang belakang kepada Presiden yakni Najib? Jika sedemikian, Najib ada "2 tulang belakang" iaitu The First Lady, Kak Mah dan The Second Lady, Kak ijat?


Apa agaknya mimpi tidur Shahrizat? Mungkin suaminya bermimpikan lembu, tapi dia bermimpikan perkara lain!

Saturday, December 7, 2013

SELEPAS MUKTAMAR: PAS DI LANDASAN TEPAT, PKR DAN DAP DI PERSIMPANGAN?



Muktamar 2013 baru sahaja melabuhkan tirainya. Pemilihan kali ini disifatkan antara yang paling sengit, menyaksikan majoriti penyandang menang dengan hanya beberapa mukabaru. Yang lebih menarik muktamar kali ini adalah dalam menentukan halatuju parti selepas "tewas" dalam PRU13. 

Dalam PRU13, UMNO berjaya memanipulasikan beberapa isu agama, dan "berjaya" menyakinkan orang Melayu di kampong dan pedalaman bahawa PAS sudah hilang halatuju Negara Islam nya, menukarkan kepada Konsep Negara Berkebajikan kerana kononnya mengikut telunjuk PKR dan DAP. Isu "Kalimah Allah" berjaya dimanipulasi sepenuhnya bahawa PAS menggadai prinsip Islam demi sokongan bukan Islam. UMNO sememangnya pandai mencipta propaganda memfitnah PAS dan Kepimpinan PAS.

PRU13 sebenarnya, Pakatan Rakyat "overconfidence" atau terlalu yakin akan menang. Bagaimanapun, di saat-saat akhir, Pakatan Rakyat melakukan kesilapan kecil, tetapi impaknya cukup besar. Pertindihan kerusi, walaupun tidak banyak sudah cukup menggoncang keyakinan pengundi terhadap kemantapan Kepimpinan pakatan Rakyat.

Sejurus sebelum PRU13, bersidang Muktamar PAS di Kelantan. Mungkin kerana yakin akan menang, Dewan Ulama PAS Pusat, menerusi Ketuanya, Dato' Harun Taib, mengistiharkan sokongan kepada Presiden PAS, Tuan Guru Hj Hadi sebagai Perdana Menteri jika menang PRU13. Dewan sunyi sepi seketika, tiada laungan takbir menyambut cadangan tersebut. Pengistiharan itu dilihat "bertentangan dengan keputusan bersama" bahawa Dato' Seri Anwar bakal menjadi Perdana Menteri. DAP menerusi Pengerusinya, Karpal Singh dengan cepat membidas PAS dan bertegas DSAI pilihan DAP sebagai Perdana Menteri.

Bagaimanapun, sejurus selepas PRU13, bersidang Muktamar PAS di Stadium Melawati, Selangor baru-baru ini, Dewan bergema dengan laungan takbir, "Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar", apabila Naib Presiden yang baru dipilih, Husam Musa mengistiharkan PAS bersedia segala kudrat akan memertabatkan Presiden PAS, Tuan Guru Hj Hadi  sebagai Perdana Menteri akan datang. 

Apakah terdapat perbezaan antara cadangan Dato' Harun dengan cadangan Husam? Tidak ada apa-apa perbezaan antara cadangan kedua-dua tokoh PAS tersebut. Yang membezakannya adalah "TIMING" atau masa pengistiharan dibuat. Dato' Harun Taib mengistiharkannya sejurus sebelum PRU13. Husam sejurus selepas PRU13. 

Mengistiharkan sejurus sebelum PRU13 bermakna akan menentukan teraju Kepimpinan Negara (kalau menang). Apakah kesannya? Mengistiharkan di saat saat akhir sedemikian, sedangkan sebelumnya berkali-kali DAP bertegas DSAI bakal menjadi PM dilihat oleh rakyat umumnya dan pengundi khususnya bahawa Pakatan Rakyat tiada kata sepakat siapa bakal Perdana Menteri jika menang PRU13. Kesannya, PAS dilihat tidak ikhlas dengan Ijtihad politiknya sendiri dalam bertahalufsiyasi atau kerjasama politik dengan sekutunya DAP dan PKR. Kesannya, PAS dilihat "tidak menyukai" dan "tidak rela" DSAI jadi Perdana Menteri. Kesannya, pengundi bolehjadi "kecewa" dengan ketidaksefahaman dalam Pakatan Rakyat. Kesannya, mereka yakni pengundi boleh "swing" pada saat akhir undi mereka kepada UMNOBN.

Mengistiharkan sejurus selepas PRU13 bermakna akan menentukan halatuju PAS menghadapi PRU14 akan datang. Kali ini , dilihat semua perwakilan PAS sehati sejiwa sebulat suara tekad akan berusaha mengangkat Presiden PAS sebagai Perdana Menteri selepas PRU14. Laungan SATU SUARA "Allahuakbar" bergema di dalam Dewan mendirikan bulu roma sebahagian perwakilan, dan tidak kurang juga menitiskan airmata. Suasana kesepaduan itu memberi isyarat, PAS bersedia bersatupadu menuju satu matlamat, iaitu menjadikan PAS sebagai sebuah parti yang paling dominan dalam Pakatan Rakyat. PAS tidak boleh meminta pengiktirafan rakan sekutu supaya menjadikan PAS sebagai parti dominan, sebaliknya PAS perlu berusaha di atas kaki sendiri menjadikan PAS parti paling dominan. 

Sehubungan dengan itu, Muktamar akhirnya menerima "tuntutan" dari Dewan Ulama Pas Pusat, untuk mengkaji semula Tahaluf-Siyasi. Ulama bertegas, kajian perlu untuk menambahbaikan ijtihad tersebut bukan untuk membatalkannya. Antara segmen paling utama dalam tahaluf-siyasi itu adalah pembahagian kerusi pilihanraya. HAKIKAT sebenarnya, PAS dilihat "terlalu mengalah" dengan rakannya, khususnya PKR. PAS bertanding di 73 kerusi Parlimen, manakala PKR bertanding di 99 kerusi Parlimen.  Sesetengah aktivis PAS melihat ini sesuatu yang agak janggal memandangkan PAS lahir pada tahun 1951, berbanding PKR pada tahun 1998. Janggal kerana kerusi yang ditandingi PKR itu sebenarnya kerusi asal PAS sebelum kelahiran PKR. Parti mana paling dominan dalam Pakatan Rakyat bergantung kepada parti mana paling banyak memenangi kerusi di Parlimen. Apakah PAS akan kembali menuntut beberapa kerusi tradisi mereka?

Seperkara yang menarik perhatian semua, termasuk UMNO adalah kesungguhan PAS Kelantan untuk melaksanakan Hudud. Ini satu lagi "TIMING" yang sangat tepat. PAS kerap kali difitnah membunyikan "Gendang Hudud" tatkala menjelang Pilihanraya Umum, sebagaimana lagu-lagu raya berkumandang menjelang Aidil Fitri. Kali ini, "Gendang Hudud" dibunyikan sejurus selepas pilihanraya, menunjukkan kepada rakyat PAS benar-benar istiqamah dan bersungguh-sungguh, sekali-kali tidak pernah tergelincir dari perjuangan menegakkan Negara Islam di Malaysia. 

Ketiga-tiga perkara di atas, iaitu Pengistiharan Presiden PAS Tuan Guru Hj Hadi bakal Perdana Menteri, penerimaan Muktamar PAS mengkaji semula Tahaluf-Siyasi bersama Pakatan Rakyat, dan "Gendang Hudud" oleh PAS Kelantan, menunjukkan PAS bersedia memperlihatkan "wajah sebenar"nya, atau "isi hati sebenar"nya kepada rakyat umumnya dan kepada rakan dalam Pakatan Rakyat khususnya. JELAS, PAS berada pada landasan yang tepat dan lurus, bukan lagi berliku-liku dalam menuju matlamat perjuangannya. 


Ketegasan PAS menyatakan halatujunya secara telus dan terbuka, sedikit sebanyak membuat rakan dalam Pakatan Rakyat, iaitu PKR dan DAP berada "dalam dilemma" atau di persimpangan. 

Tuesday, November 5, 2013

PRU14: NAJIB SERAH BATON KEPADA ANWAR



Akta Pinjaman (Tempatan) 1959 seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan mengizinkan tahap maksimun atau tertinggi Hutang Negara daripada KDNK (Keluaran Dalam Negara Kasar) adalah sebanyak 55%.

Sejak tahun 2010, nisbah hutang kepada KDNK berada pada paras melebihi 50%. PM Najib pula sejak 2009 telah membuat Bajet Tambahan dua kali setahun berjumlah RM20 billion setiap tahun.

Sebelum tahun 2000, perbelanjaan tambahan tidak pernah melebihi RM5 Billion. Bila negara berhutang, ISI RUMAH Malaysia juga berhutang. Nisbah Hutang Isi Rumah kepada KDNK mencatat rekod tersangat tinggi, iaitu tertinggi di Asia Tenggara sebanyak 83%. Hakikar sebenar, sejak tahun 2008, hutang isi rumah Malaysia meningkat pada kadar 12% setiap tahun. 

PUNCA Utamanya adalah kerana kenaikan kos saraan hidup yang melambung tinggi dan kenaikan harga barang yang keterlaluan berbanding dengan peningkatan pendapatan rakyat yang sangat sedikit. 

Kembali kepada Hutang Negara, 2013 negara kita berhutang RM513 billion, iaitu 53.3% daripada KDNK. 53.3% ini tidak termasuk menjamin hutang oleh GLC sebanyak RM147 billion. Unjuran hutang Negara di akhir tahun 2013 dijangka terus meningkat kepada 54.8%. NEGARA DIAMBANG MUFLIS. 

Najib perlu melakukan sesuatu. Hakikat sebenarnya, negara kekurangan wang. Untuk mendapat sumber kewangan sekelip mata, kerajaan akan MENARIK BALIK SUBSIDI barangan dan minyak secara berkala. Selepas minyak, langsung tidak terduga SUBSIDI GULA 34sen ditarik balik. Subsidi apa lagi akan ditarik balik selepas ini? 

Cara lain yang sangat berkesan adalah melalui GST (Goods and Services Tax) atau Cukai Barangan Dan Perkhidmatan. 

Sekarang, kita mengamalkan cukai SST (Sales and Services Tax) atau Cukai Jualan Dan Perkhidmatan. SST adalah cukai yang dikenakan ke atas "jualan dan perkhidmatan tertentu" yang telah disenaraikan. Cukai Jualan pada kadar 5-10%, manakala Cukai Perkhidmatan pada kadar 5%. Iaitu Cukai Seperingkat. 

Manakala, di bawah GST, semua barangan dan perkhidmatan dikenakan DAN pada semua peringkat dari pengeluaran hingga ke pengguna sebanyak 6% pada setiap peringkat.  INI BERMAKNA, KERAJAAN AKAN MENDAPAT HASIL CUKAI YANG BERLIPAT KALI GANDA LUMAYANNYA. 

Hari ini, HANYA 1.7 juta rakyat Malaysia yang mampu dan layak membayar cukai, iaitu pendapatan lebih RM2,500.00 sebulan. Bermakna, ramai rakyat Malaysia yang hidup dibawah paras pendapatan RM2,500.00 sebulan. TETAPI, melalui GST, yang dikenali juga sebagai CUKAI PENGGUNAAN atau CONSUMPTION TAX, bermakna, sesiapa sahaja berbelanja dengan membeli apa jua barangan dan perkhidmatan, maka dia akan dikenakan CUKAI secara tidak langsung daripada harga barangan dan perkhidmatan tersebut.   Bermakna, siapa guna (berbelanja) kena bayar, tak guna tak kena bayar. HATTA golongan ASNAF ZAKAT juga terpaksa membayar cukai melalui harga barangan dan perkhidmatan yang digunakan. 

BERMAKNA, jika sekarang melalui SST, hanya 1.7juta rakyat yang layak dan mampu dikenakan cukai, TETAPI melalui GST semua 28juta rakyat tanpa mengira taraf hidup dan kemampuan masing-masing, AKAN KENA CUKAI tidak langsung. 

Cukai dari 1.7 juta rakyat di bawah SST, berbanding dari 28juta rakyat  melalui GST, bermakna kerajaan akan memperolehi pendapatan LUARBIASA sebanyak 16 kali ganda (28/1.7). Ternyata, SELAIN PENARIKAN SUBSIDI, GST bakal menyumbang dana yang cukup besar kepada Negara. 

SEMUA NYA ITU DIBUAT KERANA HUTANG NEGARA DIJANGKA MENCAPAI 60% DARI KDNK SEBELUM PRU14, MELEBIHI PARAS TERTINGGI YANG DIBENARKAN OLEH PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN. 

BERMAKNA, "NYAWA" UMNOBN bergantung kepada keberkesanan pelaksanaan GST dan penarikan SUBSIDI secara berkala, bagi mengekalkan hutang negara kurang dari 55% daripada KDNK.

Andaikata GST gagal dilaksanakan dengan baik, Najib gagal mendapat dana bersih dalam Negara. Maka hutang Negara akan melebihi 55%. Besar kemungkinan akan mencapai 60% berdasarkan perbelanjaan superduper mega Najib pada hari ini. Bermakna Najib gagal mematuhi Perlembagaan Malaysia. 

Bila sampai ke tahap tersebut, Najib akan serah baton pemerintahan Negara kepada Pakatan Rakyat, mungkin kepada Anwar, dengan baki hutang negara yang terlalu tinggi.


HAKIKAT SEBENARNYA, INI BERLAKU KERANA UMNOBN MENYAMUN KEWANGAN NEGARA. DASAR PENYAMUN! 

Thursday, September 26, 2013

AL-FATIHAH BUAT USTAZ AZIZAN

Ucapan tahziah kepada keluarga Allahyarham Ustaz Azizan semoga tabah menghadapinya. Kita panjatkan doa semoga rohnya bersama salafusoleh, amin.

WAJAH PAS DI AMBANG KEMENANGAN



Langitbiru terasa kebas sangat jari jemari untuk menekan keyboard komputer. Berat kerana akal mahu menulis mengenai parti PAS. Padahal, lebih wajar dan afdhal menulis mengenai kezaliman UMNO. Apa yang Langitbiru mahu tulis adalah rasa terkilan yang amat sangat melihat kempen menjelang pemilihan di muktamar tahun ini. Sudah tentu, kempen bukan dilakukan secara langsung oleh calun-calun, tetapi oleh para penyokong masing-masing.

Apa yang Langitbiru mahu highlight adalah di mana nilai-nilai syumul Islam di kalangan ahli yang berkempen? Tercicir masuk longkang? Yang digendong dan dibawa adalah sifat-sifat buruk budaya Melayu, BERPRASANGKA BURUK dan UJUB kepada ilmu dan kepakaran diri. Apakah yang mendorong berlakunya sedemikian? Kerana PAS di ambang kemenangan? Maka kuasa jadi rebutan?

Maka tepatlah jika kita meneliti Sejarah Perang Uhud, dikala pasukan mukmin di ambang kemenangan, Ghanimah perang jadi rebutan. Penyakit utama hari ini Langitbiru lihat adalah BERPRASANGKA BURUK sesama ahli. Masing-masing berprasangka "pihak lawan" ada kepentingan diri. Lebih teruk dan buruk bila berprasangka lawan adalah pengkhianat perjuangan, dan parasit dalam parti. Maka lawan ini , "wajib"   dengan apa cara sekalipun disingkirkan atau dihalang dari menang dalam pemilihan nanti. 

Pemilihan muktamar kali ini memperlihatkan pelbagai gelaran wujud tak kurang juga surat layang "melondeh" calun-calun tertentu. Gelaran itu macam-macam gaya menggambarkan mereka ini bukan sahaja tak layak bertanding kerusi kepimpinanan bahkan juga tak layak sebagai ahli PAS.  Semuanya berpunca dari sifat BERPRASANGKA BURUK. Hadis Qudsi ada menyebut, berprasangka buruk ini sangatlah buruk, boleh merosakkan silaturrahim bahkan meruntuhkan jemaah atau organisasi. Gelaran Syiah, Pro-Sosialis sangat popular dalam ruang siber. Tak kurang juga istilah "Ular Lidi", Islam Liberal, Anti-Ulamak, Anti-Tarbiyyah, penulis buku Sesat dan rancangan jahat untuk jatuhkan DS Presiden, maka Presiden perlu dipertahankan. 

Benarkah DS Presiden akan dijatuhkan? DS Presiden,  TGHH akan MENANG TANPA BERTANDING, InsyaAllah. Semua ahli Parti sayang kepada Presiden. Dan semua ahli parti akan pertahankan Presiden dari segala ancaman. Sebelum kehadiran anak menantu lagi Presiden dipertahankan oleh semua ahli Parti. Maka tidak perlulah anak menantu bersingsing lengan, bersusah payah tiba tiba muncul untuk pertahankan Presiden. Kritikan bukan bermaksud berniat jahat menjatuhkan Presiden tetapi satu peringatan bersama kepada Nakhoda supaya kita semua sampai ke destinasi dengan selamat.   

Apa yang Langitbiru nampak, kerana BERPRASANGKA BURUK itu, maka hilanglah rasa hormat-menghormati sesama ahli. Itu yang Langitbiru cuba sampaikan dalam artikel, "MENGADUN PAS FOR ALL", yang lama dihormati, yang baru diraikan. Ulama disanjungi, Profesional diiringi, sama sama berganding bahu macam simbiosis, lengkap melengkapi satu sama lain. Tetapi hari ini, seolah-olah ada segolongan yang mahu Kepimpinan PAS dikuasai oleh kelompok ulama sahaja, bukan Ulama tidak utama untuk memimpin. Para Ulama tidak perlu membawa hadis-hadis, ayat-ayat suci Al-Quran membuktikan betapa keutamaan Ulama memegang tampuk kepimpinan berbanding dengan bukan Ulama.  itu semua ahli PAS sudah sediamaklum, dan bersetuju. 


Bagaimanapun, Ulama jangan pula wujud sikap "UJUB" atau merasa bangga kepada diri sendiri, bahawasanya mereka sahaja yang layak untuk memimpin. Mereka sahaja berhak berada di kerusi kuasa. Mereka sahaja lebih alim dan bijak dalam politik. Mereka saja yang tahu segalanya. Sebab bagi Langitbiru, seorang Ulama yang benar-benar beriman dan benar-benar bertaqwa tidak akan mengaku yang dirinya adalah Ulama. ULAMA adalah SATU ANUGERAH ALLAH SWT kepada hambanya, sama seperti ULIL AMRI. Maka hakikat sebenar ULAMA dan ULUL AMRI adalah ahli syurga. Syurga bermakna Keredhaan Allah. Redha Allah adalah kepada orang yang benar-benar beriman dan benar-benar bertaqwa kepadaNya. Dan Iman dan Taqwa itu bukan berada pada mereka yang ada sijil-sijil agama, bukan boleh diukur tingginya, semua itu ada dalam pengetahuan Allah swt. SATU ANUGERAH!

Sunday, September 8, 2013

DOMINASI KEKUASAAN ULAMA DALAM PAS: "PAS FOR ULAMA"



Pandangan TGNA agar Presiden dan Timbalan Presiden semestinya dari kalangan Ulama segera mendapat maklumbalas dan liputan pelbagai pihak. Ketua Dewan Ulama, Dato' Harun Taib dengan segera menyetujui cadangan tersebut, bahkan sebelumnya, Dewan Ulama PAS Pusat, pernah mencadangkan agar jawatan Presiden, Timbalan Presiden dan Naib Presiden wajib dari kalangan Ulama. Pandangan ini adalah untuk meneruskan tradisi Kepimpinan Ulama dalam PAS. 

Menyorot kembali sejarah, Kepimpinan Ulama dan Majlis Syura Ulama PAS pusat bermula pada Muktamar PAS tahun 1982. Golongan Ulama secara terbuka menentang Kepimpinan Dato' Asri, Yang Di Pertua Agung PAS Pusat, dengan slogan "Murakbar Asri". Dewan Pemuda PAS Pusat telah mengemukakan usul agar Ucapan Dasar Yang Di Pertua Agung PAS ditolak kerana YDP Dato' Asri memuji Kerajaan BN (Mahathir) menubuhkan Bank Islam dan Universiti Islam Antarabangsa. Usul tersebut diterima menjadi sejarah Ucapan Dasar YDP pertama ditolak oleh Muktamar. Asri berjaya "dijatuhkan" dan serentak dengan itu, Dewan Pemuda mengusul penubuhan Majlis Syura Ulama PAS yang sekaligus berfungsi sebagai Badan Kepimpinan Tertinggi selepas Muktamar. Mursyidul-Am PAS Pusat menjadi Pemimpin Tertinggi Parti. Bagi melengkapkan dominasi kekuasaan Ulama, Presiden PAS juga berjaya dipilih dari kalangan ulama iaitu Yusuf Rawa. 

Kepimpinan Ulama dalam PAS sudah terjamin dengan kukuh dan kuat dalam Perlembagaan PAS, iaitu Majlis Syura Ulama PAS Pusat, sebagai Badan Kepimpinan Tertinggi PAS, disamping Mursyidul-Am PAS sebagai Pemimpin Tertinggi Pas Pusat. Ini bermakna, kekuasaan Ulama dalam kepimpinan PAS tidak boleh dan tidak akan diganggu gugat oleh sesiapa kecuali Muktamar.

Apakah monopoli atau dominasi kekuasaan kepimpinan PAS dari kalangan Ulama selama 31 tahun ini wajar diteruskan? Atau perlu pembaharuan sesuai dengan kehendak semasa masyarakat Malaysia?

Majlis Syura Ulama PAS, sebagai Badan Kepimpinan Tertinggi PAS, disamping Mursyidul-Am PAS sebagai Pemimpin Tertinggi PAS amat wajar dipertahankan dan diteruskan. 

Bagi Langitbiru, terjemahan dan tafsiran Kepimpinan Ulama PAS sudah cukup memadai dengan kekuasaan Majlis Syura Ulama dan Mursyidul-Am. Dalam analogi    Sistem Kenegaraan , Mursyidul-Am itu bertindak sebagai Khalifah. Manakala Presiden pula sebagai Panglima Perang yang memegang amanah Khalifah dan Negara bertempur dan berjihad di medan perang. 

Presiden dan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, secara analoginya sebagai Panglima Perang dan Ketua Turus Bala Tenteranya. Panglima Perang dan Ketua Turusnya wajib dipilih dari kalangan mereka yang benar-benar ahli dan layak dalam bidang peperangan. Dalam konteks politik Malaysia, PAS berjuang dan berperang di "Padang Demokrasi Sekular". 2 kriteria utama bagi pejuang PAS mengharungi "Padang Demokrasi Sekular" iaitu keimanan/ketaqwaan yang tinggi sebagai benteng pertahanan dan ilmu pengetahuan sebagai senjata ampuh memerangi musuh. Kedua-dua kriteria itu wajib ada dalam barisan bala tentera PAS. 

Rasulullah saw tidak begitu mengetahui struktur mukabumi Lembah Badar sehingga dicadangkan oleh sahabat Baginda, Khubaid memilih satu kawasan berhampiran sumber air sebagai markas perang. PAS perlu mengambil kisah Perang Badar. Inilah contoh terbaik (kombinasi lengkap-melengkapi satu sama lain) ketaqwaan (Khalifah) dan ilmu pengetahuan (ahli) menghadapi musuh di medan perang. 

PAS amat memerlukan kombinasi lengkap-melengkapi satu sama lain melalui kombinasi Ulama-Profesional. Selayaknya kombinasi suami-isteri, isteri sebagai pakaian suami, suami sebagai pakaian isteri. Suami (Ulama) sebagai Ketua Rumahtangga, Isteri sebagai Pengurus Rumahtangga, masing-masing tahu tugas dan tanggungjawab yang mempunyai matlamat yang sama, kesejahteraan rumahtangga dunia dan akhirat.  


PROFESIONAL SEBAGAI PELENGKAP ATAU PERKAKAS?

Kita sudah sediamaklum, Badan Kepimpinan Tertinggi PAS adalah Majlis Syura Ulama. Mursyidul-Am sebagai Pemimpin Tertinggi Parti. Majlis Syura Ulama semuanya adalah Ulama, tiada seorangpun dari kalangan profesional. Di samping Majlis Syura Ulama, PAS juga ada Dewan Ulama PAS Pusat. Walaupun Dewan Ulama adalah Dewan Harian, tetapi realitinya dilihat sebagai Dewan yang sangat berpengaruh dan berkuasa. Ini kerana sebahagian besar Ahli Dewan Ulama PAS juga menganggotai Majlis Syura Ulama. Bermakna, Dewan Ulama PAS secara realitinya adalah Badan Kepimpinan Kedua Tertinggi PAS. Andaikata diteruskan secara tradisi, Presiden dan Timbalan Presiden wajib dari kalangan Ulama, maka Ulama mempunyai kuasa sangat DOMINAN.

Logiknya, jika Ulama terlalu sangat dominan kekuasaannya, kehadiran bukan ulama atau profesional sebenarnya tidak lagi berfungsi sebagai pelengkap kepimpinan parti, dengan kata lain profesional tidak begitu diperlukan dalam organisasi Kepimpinan PAS. Profesional hanya layak melaksanakan segala arahan parti (Ulama). Istilah kombinasi  atau keseimbangan Ulama-Profesional tidak akan menjadi kenyataan jika sebelah pihak terlalu dominan kuasanya. 

Monopoli atau dominasi kuasa Kepimpinan Ulama ini seolah-olah wujud tembok pemisah antara Ulama dan Profesional. Seolah-olah wujud sistem kasta dalam PAS. Seolah-olah keimanan dan ketaqwaan itu diukur melalui sijil-sijil sarjana, master atau PhD Pengajian Islam, atau Lepasan Tinggi Pondok. Seolah-olah profesional itu lebih rendah atau tidak setaraf keimanan dan ketaqwaan mereka berbanding mereka yang ada sijil agama. Dengan itu, profesional tidak boleh diyakini dan dipercayai untuk menerajui kepimpinan. Jika begini persepsi para ulama kepada profesional, bermakna para ulama memandang profesional sebagai perkakas, bukan pelengkap! 


Jika demikian keadaannya, slogan "PAS for All" tidak lagi relevan sebaliknya lebih sesuai sigantikan "PAS for Ulama"

Wednesday, September 4, 2013

MENGADUN "PAS FOR ALL" (BHG 2)



Pada Bhg.1, Langitbiru menulis "Konsep Kepimpinan Ulama'" mencapai kemuncaknya pada PRU1999 di mana PAS memenangi 27 kerusi Parlimen, berjaya merampas Terengganu dan mengekalkan Kelantan. Benarkah 'Konsep Kepimpinan Ulama'" mencapai kemuncak kejayaaan pada 1999? 

1998, Anwar Ibrahim yang pada masa itu adalah Timbalan Perdana Menteri Malaysia, ditangkap dan disumbat ke penjara oleh Rejim Mahathir. Mahathir dikenali sebagai "MahaFiraun" di ruang maya siber. Episod "Mata Lebam" Anwar ditumbuk oleh Ketua Polis Negara, Rahim Noor sebenarnya menjadi bahan kempen utama di ruang siber dan pentas-pentas politik semasa PRU1999. Tidak lain tidak bukan adalah hujah hujah menunjukkan betapa zalimnya para pemimpin UMNO terhadap Anwar Ibrahim. Kes Anwar Ibrahim ini telah meletuskan satu FENOMENA POLITIK yang sangat ketara dan signifikan betapa wajah sebenar UMNO  sebagai "penganut sekular" dengan sendirinya ditunjukkan oleh Allah swt. Para Ulama' khususnya dari PAS telah mengekploitasikan sepenuhnya kezaliman Mahathir ini sebagai bukan cara Islam yang adil.

Kita sudah melihat, "Konsep Kepimpinan Ulama'" yang diasaskan oleh bekas pemimpin tertinggi ABIM, Ustaz Fadhil Noor, Ustaz Nakhaei, dan Hj Hadi pada tahun 1982, tahun yang sama Anwar Ibrahim juga dari ABIM menyertai UMNO.  Selepas 16 tahun, Anwar Ibrahim berjaya memanjat tampuk kuasa no 2 dalam hierarki UMNO menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Itu adalah Kemuncak Anwar Ibrahim di persada politik tanah air. Kejatuhan Anwar Ibrahim tiada kena-mengena dengan Konsep Kepimpinan Ulama dalam PAS, tetapi kerana tindakan Mahathir yang zalim. 

PAS mengecapi kemanisan politik yang cukup memberangsangkan diatas kesedaran politik atau Fenomena Politik di sebalik pemecatan Anwar Ibrahim. Sejak PAS ditubuhkan hingga 1998 iaitu selama 47 tahun, dianggarkan keahlian PAS adalah 800,000 orang. Dari tahun 1999 hingga 2013 iaitu selama 14 tahun, ahli PAS dianggarkan meningkat seramai 500,000 orang. Ini menjadikan PAS sebuah 'PARTI BARU' yang terdiri dari pelbagai latarbelakang. PAS bukan lagi dianggotai oleh mereka yang berpendidikan agama tetapi pelbagai latar pendidikan. Kemasukan kakitangan kerajaan, ahli akedemik, agamawan dari Universiti serta golongan profesional pasca pemecatan Anwar Ibrahim memberi 'imej baru' kepada PAS. 

Di sebalik pertambahan ahli PAS secara mendadak itu, PAS menghadapi 'sedikit masalah' untuk mentarbiyahkan ahli-ahli baru yang sudah mempunyai latarbelakang ilmu dan pendirian masing-masing, mempunyai ego mereka tersendiri. Di sinilah bijaknya Ustaz Fadhil Noor yang dapat menghidu dengan cepat apa yang sedang berlaku dan apa yang akan berlaku. Kebolehan ini adalah satu anugerah Allah kepada Ustaz Fadhil Noor. Beliau menguasai Ilmu Fiqh Keutamaan dan Ilmu Fiqh Futuristic yang cukup hebat. Kita masih ingat pesanan Ustaz Fadhil kepada sahabat karibnya, Anwar Ibrahim, sewaktu Anwar Ibrahim bertekad masuk UMNO. Kata Ustaz Fadhil, "Anta akan dianianya". Kemudian sewaktu Anwar Ibrahim menjadi Menteri Kanan, Ustaz Fadhil mengulangi lagi, "Anta akan dianianya." Kali ketiganya ketika Anwar Ibrahim mula menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri, diingatkan Anwar Ibrahim lagi, "Anta akan dianianya." Kemudiannya, Anwar Ibrahim benar-benar dianianya. Dalam menangani kepelbagaian ahli PAS, Ustaz Fadhil mengemukakan pendekatan "Memprofesionalkan Ulama dan Mengulamakan Profesional". Satu pendekatan yang sangat tepat dan baik. 

Konsep yang dibawa oleh Ustaz Fadhii tersebut ternyata berjaya membentuk "fikrah bersama, fikrah yang satu" walaupun berbeza latarbelakang pendidikan dan profesyen. PAS berjaya bergerak dalam sebuah bahtera yang aman dan tenteram kerana persefahaman yang sangat baik di kalangan anak kapalnya.  Kepimpinan Ustaz Fadhil yang sederhana tetapi tegas dan tetap pendiriannya menyebabkan beliau dihormati oleh lawan dan kawan. Pemecatan Anwar Ibrahim memberi lonjakan politik yang sangat baik kepada PAS, khususnya Kepimpinan Ustaz Fadhil Noor. 

Maka tidak dinafikan tahun 1999 adalah kemuncak Kepimpinan Ustaz Fadhil Noor (dan PAS), kemuncak Konsep Kepimpinan Ulama. PAS mencipta sejarah tersendiri dengan 27 kerusi Parlimen pada tahun 1999. 

Lontaran Konsep "Memprofesionalkan Ulama dan Mengulamakan Profesional" oleh Fadhil Noor memenuhi aspirasi "PAS FOR ALL". Kesemua ahli merasakan PAS adalah hak bersama, tidak khusus untuk golongan agama sahaja tetapi untuk semua tanpa mengira latarbelakang ahli. Ianya satu formula adunan yang baik, seimbang yang menghasilkan produk (kepimpinan) yang boleh diterima dengan baik oleh masyarakat dan rakyat. ianya menunjukkan PAS bersedia melalui anjakan paradigma yang sensitif, terbuka dan dinamik sesuai dengan kehendak masyarakat umum. PAS di bawah Ustaz Fadhil Noor tidak lagi dilihat bersifat jumud atau terlalu konservatif. Bagi bukan Islam, PAS tidak lagi dilihat sebagai sebuah parti yang membawa kepada fahaman kenegaraan Teokrasi Islam.


Formula adunan "PAS FOR ALL" ini amat wajar diteruskan dan diperkasakan oleh Kepimpinan PAS. 

Andaikata wujud satu golongan yang ingin mendominasikan kepimpinan PAS kepada kumpulan pemikiran tertentu, sudah pasti apa yang disemai oleh Ustaz Fadhil Noor ini akan rosak, dan yang lebih penting impaknya, produk (kepimpinan) itu ditolak oleh masyarakat dan rakyat.  

Dalam mendepani cabaran semasa, kepimpinan juga wajib menunjukkan perhargaan kepada golongan lama PAS, seperti "Ahli Badar" dan "Ahli Uhud" PAS, disamping meraikan orang baru PAS. Penghargaan ini perlu diterjemahkan kepada Keanggotaan Kepimpinan PAS, bermakna kepimpinan PAS itu diterajui oleh orang lama, orang baru, para ulama dan golongan profesional. Keseimbangan ini wajib dikekalkan, Konsep "Memprofesionalkan Ulama dan Mengulamakan Profesional" perlu diperkasakan.

Friday, August 30, 2013

MENGADUN "PAS FOR ALL" (Bhg 1).




Bermula dengan Hizbul Muslimin, bermukim sementara di Biro UMNO, dan akhirnya di Rumah UMNO Butterworth PAS dilahirkan pada November 1951. Awal penubuhannya terdiri daripada aktivis Melayu-Islam yang majoritinya golongan berpendidikan Agama (Ulama'), yang mahukan kemerdekaan Tanah Melayu mengikut acuan Islam. Maka dibantahnya oleh PAS, Prinsip Jus Soli sebagai syarat kemerdekaan yang separuh masak. Boleh jadi layaklah kita gelarkan pendukung awal PAS ini sebagai "Ahli Badar PAS" Tanah Melayu. Semasa Perang Badar, Nabi saw berdoa kepada Allah swt agar memenangkan Islam (Ahli Badar) kerana jika kekalahan bererti tiada lagi orang akan menyembah Allah swt di mukabumiNya. Maka jika tidak kerana pengorbanan besar "Ahli Badar PAS" ini, nescaya tiada kumpulan manusia yang memperjuangkan Islam sebagai satu cara hidup dan Negara Islam di Malaysia. Ini adalah Tahap Kelahiran Dan Kemunculan PAS.


Masa begitu pantas berlalu.  PAS berkembang sedikit demi sedikit dengan landasan yang betul. PAS semakin berkembang dan mencapai kejayaan demi kejayaan dalam Pilihanraya Umum. PRU1959, PAS menang besar di Kelantan dan Terengganu, membentuk Kerajaan Negeri. Bolehlah dikatakan ini adalah Tahap Kebangkitan Awal PAS. Oktober 1961, Kerajaan Terengganu PAS dibawah Kepimpinan Menteri Besar, Mohd Daud Abdul Samad dijatuhkan oleh politik kotor UMNO, Tragedi PAS Terengganu. 

Melihat arus kebangkitan PAS ini, UMNO mula menggunakan taktik yang keras terhadap PAS. Selepas Tragedi Terengganu, PAS mulai menerima tekanan politik yang sangat hebat.  Penyalahgunaan Kuasa ISA berlaku dengan berleluasa, sekatan politik termasuk penahanan Dr Burhanudin Al-Helmy dalam Peristiwa Natrah, dan beberapa siri keganasan termasuk pembunuhan politik. 1963 berlaku Konfrontasi Indonesia dimana PAS dijadikan Kambing Hitam kerana Perjuangan PAS memartabatkan Kebangsaan Melayu Raya berasaskan Islam, menolak Pembentukan Malaysia. 

1964, UMNO "memulakan" beberapa siri isu perkauman di Pulau Pinang, Perak dan Singapura. Kemuncaknya, Tragedi Mei 1969. Hakikat sebenarnya Parti Perikatan yang tak pernah kalah dalam pilihanraya umum, kali ini terpukul hebat kerana buat pertama kalinya Parti Perikatan gagal mencapai Peratusan Undi Majoriti bagi Kawasan Parlimen. Bekas anak-anak didik Jahiliah British, sangat sedar kuasa hampir hampir terlucut dari genggaman mereka, dengan bijak memainkan sentimen Melayu itu Islam, Islam itu Melayu, kalah Melayu kalahlah Islam maka Parti Islam mesti bergabung dengan Parti Melayu, kononnya demi kelangsungan kuasa MelayuIslam. Maka tertubuhlah Barisan Nasional menggantikan Parti Perikatan. Lambang Kapal Layar Parti perikatan bertukar kepada Lambang Dacing Barisan Nasional. Menariknya, nama Barisan Nasional dan lambang dacing itu datangnya dari cadangan PAS. 1973, Mohd Asri membawa masuk  PAS menjadi anggota baru dalam Barisan Nasional. 1974, PAS bertanding atas tiket Barisan Nasional dan menang besar dalam PRU. Mungkin ini Tahap Kemuncak PAS, kerana PAS menjadi anggota parti yang memerintah Negara.

Kemasukan PAS dalam Barisan Nasional pada tahun 1973 menyebabkan PAS mula bergolak. 1974-1978, berada dalam kain selimut Barisan Nasional ini, PAS mengalami percambahan ahli dan percambahan pemikiran. Pada masa yang sama kemenangan Revolusi Islam Iran begitu mempengaruhi cabang pemikiran Politik Islam dalam PAS yang agak radikal. Bagaimanapun, keserasian dan kesepaduan ahli PAS mula tergugat kerana tusukan jarum jarum halus oleh bekas anak anak didik Jahiliah British kepada beberapa pemimpin PAS yang bermaksud mengadudomba sesama pemimpin PAS. PAS semakin berpecah. 1978, PAS ditendang macam kucing kurap dari Barisan Nasional. Di Kelantan, rancangan jahat UMNO berjaya mengguling Kerajaan PAS Kelantan. DUN Kelantan, PAS hanya menang 2 kerusi iaitu di hilirnya, Kemumin dan di hulunya Manek Urai semacam 2 batu nesan. Inilah Zaman Kejatuhan PAS

1978-1982 adalah masa yang sangat mencabar kelangsungan PAS. YDP Agung PAS, Mohd Asri, yang juga antara Pengasas PAS Kelantan yang sangat besar jasanya kepada PAS Kelantan khususnya, dan PAS umumnya menghadapi ujian yang sangat getir terutama dari golongan Ulama. Kemenangan Revolusi Iran memberi semangat baru kepada Golongan Ulama'. Mohd Asri, bekas Aktivis Angkatan Pemuda Insaf (API) menjadi buruan pihak British terpaksa berpindah melarikan diri di Perak dan Kepala Batas Pulau Pinang. Semasa di Perak dan Pulau Pinang, Asri banyak mendalami ilmu agama dari Pondok Maahad. Ceramahnya yang banyak unsur Nasionalis diselang seli ayat-ayat Al-Quran dan Hadis menjadikan beliau seorang pemidato yang hebat dan berpengaruh. Sekembalinya ke Kelantan beliau berjaya membawa ulama-ulama besar Kelantan terutamanya Tuan Guru Hj Abdullah Tahir dari Pondok Bunut Payong berjuang dalam PAS. Bagaimanapun, beliau yang terkenal dengan pemikirian kiri pada zaman awalnya dilihat berubah menjadi sederhana dan terbuka, dan seterusnya membawa PAS masuk Barisan Nasional. Golongan Ulama muda mula menolak kepimpinan Asri. Kemasukan pemimpin besar ABIM, seperti Ustaz Fadhil Noor, Ustaz Hj Hadi Awang dan Ustaz Nakhaei dengan cepat mengambil alih kepimpinan PAS, menolak Kepimpinan Asri. Anwar Ibrahim dari ABIM bagaimanapun tidak menyertai rakan-rakannya masuk PAS. Akhirnya Asri dijatuhkan, dan bermulalah era Kepimpinan Ulama dalam PAS. Boleh dikatakan inilah "Ahli Uhud PAS", iaitu ahli-ahli PAS selepas kekalahan dan kejatuhan PAS pada tahun 1978. "Ahli Uhud" inilah bertanggungjawab membina kembali PAS.

1982-1990. Tempoh ini adalah tempoh Kebangkitan Semula PAS. Tempoh menyerap dan merealisasikan "ideologi baru" PAS melalui "Konsep Kepimpinan Ulama'".  Bagaimanapun, kemasukan Anwar Ibrahim dari ABIM ke dalam UMNO pada tahun 1982 dilihat "berjaya mengekang" kebangkitan PAS lebih cepat. "Ahli Uhud PAS" menghadapi beberapa siri tekanan yang hebat dari Kerajaan Persekutuan. Sekali lagi penyalahgunaan kuasa ISA berlaku secara berleluasa dan berkala. Tragedi Memali berlaku pada November 1985, diiukuti pula Operasi Lalang 1987. Konsep Kepimpinan Ulama berjaya membuahkan hasil pertamanya pada Pilihanraya Umum 1990 apabila berjaya merampas kembali Kelantan bila bergabung dengan Parti Semangat 46, parti serpihan UMNO yang dipimpin oleh Putera Raja Kelantan, Tg Razaliegh Hamzah. 

1998-2008. Kemuncak Kepimpinan Ulama adalah pada tahun 1999. Dalam PRU 1999, PAS berjaya merampas Terengganu disamping mengekalkan Kelantan. Di Kerusi Parlimen, PAS berjaya memenangi 27 kerusi Parlimen, satu pencapaian luar biasa yang sangat baik. Parti gabungan PAS dalam Barisan Alternatif, DAP menang 10 kerusi dan Keadilan 5 kerusi. PAS menjadi Ketua Pembangkang di Parlimen Malaysia. Antara punca utamanya adalah Pemecatan Anwar Ibrahim dari UMNO pada 1998. Isu mata lebam Anwar diheret ke penjara serta kezaliman ke atas Anwar telah membuka lanskap polituk baru di Malaysia.

2008, walaupun gabungan parti Pakatan Rakyat yang terdiri dari PAS, PKR dan DAP, tanpa diduga menang besar dalam PRU 2008 dengan memenangi 5 buah negeri iaitu Kelantan, Selangor, Perak, Kedah dan Pulau Pinang, serta memenangi 80 kerusi Parlimen, PAS sebenarnya tidak mencapai kejayaan yang memberangsangkan berbanding kejayaannya pada 1999 (27 Kerusi). PAS hanya menang 23 Kerusi Parlimen.


PRU 2013, Pakatan Rakyat sekali lagi menang besar dalam pilihanraya iaitu menang 89 kerusi Parlimen dan menguasai Undi Majoriti Kerusi Parlimen sebanyak 52%. Bagaimanapun, PAS terus merosot pencapaiannya kepada 21 Kerusi Parlimen

Thursday, August 29, 2013

AHLI PARLIMEN PAS: HARGA RUMAH DAN SPEKULATOR


Kali ini Langitbiru ingin membicarakan harga rumah yang melambung tinggi, terutama sekali di bandar-bandar termasuklah Pulau Pinang. Punca kenaikan harga rumah itu banyak tetapi salah satu faktornya adalah peraturan atau undang undang kecil yang diluluskan YAB PM semasa membentangkan Bajet Belanjawan Negara. 

Seorang sahabat Langitbiru mengemukakan pandangannya ketika membicarakan ekonomi Melayu Pulau Pinang, “Jika mana-mana Melayu-Muslim di Pulau Pinang yang ada sedikit duit lebih, sangatlah rugi kalau tak melabur dalam hartanah di Pulau Pinang.” Pulau Pinang “sudah tak ada bumi” untuk buat kediaman, hatta juga bangunan komersial. Ramai yang tidak sedar bahawa Quensbay Mall  itu adalah laut yang dalam dulu, ditambak dan didirikan bangunan. Hari ini, pemaju yang besar-benar seperti IJM Property, E&O Property, SP Setia  dan banyak lagi begitu rakus menambak laut dan menarah bukit untuk tujuan membina kondominium yang super –duper mewah! Dengan bumi yang terhad, harga hartanah begitu cepat melonjak naik.

Salah satu faktor utama adalah disebabkan oleh pelabur spekulasi. Pelabur Hartanah tersangat hebat dan rancak di Pulau Pinang dan Lembah Kelang. Mereka inilah yang sebenarnya membuat spekulasi hartanah menyebabkan harga hartanah melonjak tinggi. Mereka berbuat demikian kerana peraturan dan undang-undang kecil mengenai hartanah agak longgar yang membolehkan pelabur spekulasi mengaut keuntungan yang sangat berlebihan. 

1.Salah satu cara untuk mengekang spekulasi pelabur adalah dengan meningkatkan cukai (tax) hartanah, Real property Gains Tax (RPGT). 

a. 1 Jan 1976 hingga 31 May 2003, RPGT untuk jualan hartanah dalam 2 tahun pertama adalah 30% Tahun ke 3 adalah 20%.
b. 1 jun 2003 – 31 May 2004, RPGT untuk jualan hartanah dalam 2 tahun pertama dan seterusnya adalah 0%
c. 1 Jun 2004 – 31 March 2007, RPGT untuk jualan 2 tahun pertama dinaikkan kembali kepada 30%
d. 1 April 2007 – 31 December 2009, RPGT untuk jualan pada bila-bila masa adalah 0%.
e. 1 Jan 2010 – 31 Dis 2011, RPGT untuk jualan pada bila-bila masa hanya 5%
f. 1 Jan 2012 – 31 Dis 2012, RPGT untuk 2 tahun pertama adalah 10%, dan tahun berikutnya cuma 5%
g. Mulai 1 Jan 2013, RPGT untuk 2 tahun pertama adalah 15%, tahun berikutnya 10%. 

Spekulasi hartanah dikatakan bermula pada tahun 2003, bila mana pelabur langsung tidak kenakan cukai jualan hartanah. Sebanyak mana keuntungan, bersih masuk poket pelabur! Menyedari “kesilapan” tersebut, kerajaan mengenakan kembali cukai hartanah setinggi 30% pada tahun 2004. 

Bagaimanapun, pada April 2007, RPGT kembali kepada 0%. Di sini bermulalah harga rumah semakin tahun semakin naik, kegiatan spekulasi semakin kuat hingga menguasai harga pasaran hartanah. Pada Jan 2010, RPGT sebanyak 5% sebenarnya tidak memberi apa-apa impak kepada spekulasi hartanah. Mereka masih menguasai dan menentukan harga hartanah di pasaran. Perkara ini berterusan hingga 31 Dis 2012. 

Pada Jan 2013, dengan kenaikan RPGT sebanyak 15%, pembelian hartanah oleh pelabur nampak ada sedikit menurun. Berasarkan senario ini, kenaikan RPGT kembali kepada 30% dilihat mampu mengekang kegiatan spekulator sekaligus boleh menurunkan harga rumah. 

2. Disamping RPGT yang rendah, pengenalan kepada Konsep DIBS juga merancakkan pembelian hartanah oleh pelabur-pelabur. DIBS (Developer Interest Bearing Scheme) bermakna developer menanggung sepenuhnya interest bank sepanjang tempoh pembinaan hartanah tersebut. Dengan adanya DIBS, pembeli hanya membayar harga pendahuluan (harga selebihnya melalui pinjaman bank) dan tidak perlu membayar caj progresif bulanan (ditanggung oleh developer) hinggalah dapat kunci rumah. Samada sedar atau tidak, secara langsung atau tidak, harga rumah tersebut sebenarnya sudahpun menyerap masuk “harga DIBS” tersebut. Dengan DIBS, spekolator boleh mencapai keuntungan hingga 200%. 

Perlu diingatkan bahawa salah satu punca kemerosotan ekonomi pada tahun 2012 di India dan Greece adalah kerana kejatuhan industri hartanah yang berpunca keuntungan bebas cukai,  RPGT 0%.   

Tidak syak lagi, RPGT yang rendah dan pengenalan konsep DIBS telah menarik minat pelabur dengan luarbiasa , berita yang sangat baik untuk pemaju hartanah. Kerajaan perlu membuat sesuatu yang drastik untuk mencegah kenaikan harga rumah yang melambung tinggi, hingga membebankan golongan berpendapatan rendah dan sederhana. Jika perkara ini tidak ditangani dengan segera, generasi berumur 20an hingga 30an hanya mampu menyewa rumah, tidak mampu memiliki rumah. Tuan punya rumah yang kaya bertambah kaya,  penyewa yang miskin kian terhimpit!


Nasihat khusus untuk pembeli rumah Muslim.

Promosi “Early Bird”, adalah salah satu strategi sangat bijak dari pemaju. Ia seolah-olah “jualan lelong” HANYA pada satu hari pada hari pelancaran hartanah tersebut. Jangan terkejut, “Early Bird” ini boleh mencapai hingga 9% dari harga rumah. (Bagi Bumiputera, potongan 9% + 5%, bererti pembeli bumiputera mendapat 5% potongan dari harga selepas dipotong 9%)

Contoh: Harga rumah RM615,000.00. Potongan “early bird” 9% , berjumlah RM55,350. RM615,000.00 – RM55,350.00 = RM559,650.00. Potongan untuk Bumiputera 5% dari RM559,650.00 berjumlah RM27,982.50. Harga jualan untuk Bumiputera adalah RM559,650.00 – RM27,982.50 = RM531,667.50. Jumlah potongan berjumlah RM83,332.50 atau 13.55% dari harga asal. 

1% lagi ditanggung oleh pembeli. Pinjaman diluluskan 90%. Pembeli wajib bayar 10%. Dengan potongan sebanyak 9%, pembeli hanya perlu membayar 1% iaitu RM6,150 pada hari pelancaran hartanah. Dengan adanya DIBS, pembeli tidak perlu membayar apa-apa bayaran hinggalah projek hartanah tersebut siap sepenuhnya dalam masa 3 tahun dengan mendapat kunci rumah!

Bagi pembeli rumah Bumiputera yang bijak, belilah rumah pada hari pelancaran projek hartanah tersebut. Ambillah (kesempatan DIBS) 3 tahun tempoh pembinaan untuk menyimpan duit (bagi kegunaan bayaran ansuran bulanan akan datang).

Tuesday, August 27, 2013

SIAPA ANTI-ULAMA' ?

Pengertian ulama'. Kata dasarnya dalam Bahasa Arab adalah 'Alim. Jamak dari perkataan 'Alim itu adalah Ulama'. Kemudian perkataan ‘Alamah iaitu orang yang benar-benar mengerti atau mengetahui dengan mendalam hakikat sesuatu. Maka dari sudut bahasa, Ulama adalah orang yang benar-benar berilmu.

Ilmu ertinya pengetahuan. Dengan ilmu, baru boleh mengetahui dan memahami sesuatu dalam perkara masing-masing. Hidup perlu kepada ilmu sebagai panduan. Ilmu Agama Islam itu adalah satu panduan hidup yang lengkap dan sempurna yang berasaskan Quran dan Sunnah. 

وَمِنَ النَّاسِ وَالدَّوَابِّ وَالْأَنْعَامِ مُخْتَلِفٌ أَلْوَانُهُ كَذَلِكَ إِنَّمَا يَخْشَى اللَّهَ مِنْ عِبَادِهِ الْعُلَمَاء إِنَّ اللَّهَ عَزِيزٌ غَفُورٌ (35:28)

Dan demikian (pula) di antara manusia, binatang-binatang melata dan binatang-binatang ternak ada yang bermacam-macam warnanya (dan jenisnya). Sesungguhnya yang takut kepada Allah di antara hamba-hamba-Nya, hanyalah ULAMA. Sesungguhnya Allah Maha perkasa lagi Maha Pengampun. (Al-Fathir, 28) 


"Orang yang takut kepada Allah ialah orang-orang yang berilmu. Berdasarkan kepada ayat Fatir: 28. di pangkal ayat Allah mengguna perkataan “Innama”. Menurut ahli nahu bahawa huruf “innama” itu ialah adaatu hasr yang ertinya “alat untuk membatas”. Sebab itu ertinya yang tepat dan jitu ialah “ hanya orang-orang yang berilmu jua yang akan merasa takut kepada Allah. Kerana kalau tidak ada ilmu tidaklah orang akan takut kepada Allah. Kerana timbulnya satu ilmu setelah diselidiki. Maka jelaslah bahawa pangkal ayat tadi Allah telah berfirman “tidakkah engkau lihat” maka kalau tidak dilihat tidaklah akan tahu. Kalau sudah dilihat dan diketahui dengan sendirinya akan mengertilah bagaimana kebesaran Allah , kekuatanya dan keagunganya, merasa dirinya kerdil di hadapan kekuasaan Allah, dengan ini akan menimbulkan takut . Kalau takut telah timbul nescaya timbullah ketundukan , lalu segala perintahnya dilaksanakan dan larangannya dihentikan." (Prof. Dr. H. Abdul Karim Amrullah (Hamka), 1984: 300-301. )(idrisahmad.wordpress)

Menurut Ibn Kathir, tidak lain orang yang merasa takut kepada Allah itu hanyalah ulama’ yang telah mencapai matlamat ma’rifat, iaitu mengenali Tuhan menilik hasil kekuasaanNya dan kebesaranNya. Maha Besar, Maha Kuasa, yang Maha Berilmu yang mempunyai sifat kesempurnaan dan yang mempunyai Asma’ al-Husna. Apabila makrifat bertambah sempurna dan ilmu terhadapnya bertambah matang, ketakutan kepadanya bertambah besar dan bertambah banyak.(idrisahmad.wordpress)

Begitu juga al-Qurtubi menyebut bahawa ulama’ ialah seorang yang takut kekuasaan Allah dan yakin Allah berkuasa membalas atas maksiat yang di lakukan. Daripada Ibn. Abbas berkata ulama’ ialah yang mengetahui tentang Tuhannya yang Rahman dan tidak syirik kepada Allah, dan menghalalkan apa yang dihalalkan Allah dan menghalalkan apa yang dihalalkan Allah dan memelihara peringatan Allah dan mengetahui bahawa semua yang dilakukan di bawah pengetahuannya. (Abu Abdullah Muhammad bin Ahmad al-Ansari al-Qurtubi, juz 7:343-344.) (idrisahmad.wordpress)

Al-Imam al-Maraghi ketika menafsirkan ayat dalam surah al-Fatir, Ulama’ ialah orang yang takut azab Allah dengan banyak melakukan kepadanya. Dengan ilmu yang mereka pelajari datanglah keyakinan, jika dibuat maksiat akan dibalas dengan siksa, demikian kalau dibuat baik maka mereka akan dibalas dengan syurga.

Menurut Dato’ Dr. Harun Din, perkataan ulama’ merujuk kepada yang mendalami pengetahuan agama. Yang mendalami Agama Islam diistilahkan dengan al-ulama’. Ada alif dan lam. Ini bererti bahawa ulama’ adalah istilah khusus yang dimaklumi bahawa hanya diguna pakai untuk yang mengetahui dan mendalami tentang agama Islam sahaja. 


KELEBIHAN DAN KETINGGIAN DARJAT PARA ULAMA'

Terdapat banyak hadis-hadis sahih termasuk ayat-ayat Al-Quran yang menyebut ketinggian darjat para ulama'. Sudah tentu, hadis yang tak asing lagi iaialah hadis ini yang selalu disebut oleh guru-guru agama; 

"Para alim-ulama itu adalah pewaris para nabi (yakni yang meneruskan untuk menghidup-hidupkan ilmu agama serta melaksanakan syariatNya)." 

Sesuai dengan darjat ulama' sebagai pewaris Nabi, maka ganjarannya adalah syurga.

"Tidakkah engkau semua suka aku tunjukkan , siapakah semulia-mulianya ahli syurga itu? Mereka berkata: tentu saja , ya Rasulullah". Beliau bersabda, mereka itu ialah alim ulama dari umatku"

Ternyata, Rasulullah saw amat kasih dan sayang kepada para pewarisnya, ulama'

"Sesungguhnya keutamaan seseorang alim melebihi seseorang yang beribadat, adalah seperti keutamaanku melebihi orang yang terendah dari umatku"

Hatta, memandang kepada orang alim ulama' itu sudah mendapat ganjaran yang tersangat besar. 

"Sekali pandang kepada orang alim itu lebih aku sukai daripada ibadat selama setahun, berpuasa (pada siang hari setahun itu) dan mendirikan (sembahyang pada malam hari setahun tersebut)."


Ibn. Abbas menyatakan darjat ketinggian para ulama’` di atas orang Mukmin biasa adalah sekira-kira 700 tahun perjalanan dan jauh di antara satu darjat dengan darjat yang lain adalah 500 tahun. (Azzawajir 1/89). 

Perhatikan kata-kata Ibn Abbas  yang menyebut ketinggian ulama' di atas orang Mukmin (bukan orang Muslim), menunjukkan betapa tingginya darjat para 'alim ulama'.

Dengan demikian itu, Luqman Hakim pernah menasihati anaknya;

"Wahai anakkku duduklah dengan ulama’ dan rapatkan kedua lutut kamu sesungguhnya Allah menghidupkan hati dengan ilmu seperti menghidupkan bumi dengan turunnya hujan”


“Jangan kamu duduk bertengkar dengan ulama’ maka kelak kamu akan hina dan jangan kamu bertengkar dengan orang yang bodoh maka mereka akan memaki kamu sebaliknya kamu sabar bagi orang yang yang lebih tinggi ilmu daripada kamu dan orang yang lebih rendah ilmu daripada kamu. Maka hendaklah kamu bersama dengan ulama’ dan sabar bagi mereka dan mengambil daripada mereka ilmu” (Muhammad Ibn. Abdul Bar bin Asim al-Namari, 1994:43.)

Kita belum tentu dinaikkan darjat oleh Allah swt dari seorang Muslim kepada seorang Mukmin. Jika kita sudah mencapai hakikat kedudukan seorang mukmin, jarak kita dengan Ulama' masih jauh, 700 tahun perjalanan. Hatta, jika kita mencapai status ahli ibadat, keutamaan ulama' itu seperti keutamaan Rasulullah saw melebihi orang yang terendah dari umatnya. Dan jangan kita lupa, Rasulullah menyebut 'alim ulama' dari umatnya adalah semulia mulia ahli syurga. 

Jika demikian, bolehkah kita menyebut seseorang mukmin itu ANTI-ULAMA' ?

Jika demikian, bolehkah juga seseorang mukmin itu mengaku, AKU ULAMA' ?




Sunday, August 25, 2013

SIAPA KHAWARIJ?

SIAPA KHAWARIJ?

Membaca tulisan demi tulisan Fathul Bari, bagi Langitbiru, amat sesuai dibuat kesimpulan pendek; 

"Kata-Kata Yang Benar DiMaksudkan Dengan Bathil".


Sekian.

Thursday, August 22, 2013

MENYUSURI AGENDA UG(PAS): MASIH WUJUDKAH MOMENTUM UG(PAS)?

Masih wujudkah Agenda UG(PAS)?

Selepas sekian lama berlalu, hari ini jelas apa yang berlaku bukan pertembungan "Profesional vs Ulamak", tetapi hakikat sebenarnya adalah rentetan kemelut "Pertembungan Ijtihad TGNA dengan TGHH" dalam soal UG(PAS).

2009, TGHH sudah menarik balik cadangan UG. Adakah ia ditarik secara mutlak, atau ditarik sementara waktu kerana ramai yang belum memahami konsep UG dan diberi harapan akan dikaji di masa depan(iaitu sehingga hari ini)?

Langitbiru dapat mencium momentum Agenda UG masih  belum padam dan masih segar! Marilah semua pemimpin-pemimpin berterus terang..........

 

PAS : Keperluan Muktamar Khas Luarbiasa? [TGNA]

Tugas utama pemimpin negara adalah 2 perkara, iaitu 
1.Menjaga Umat/Rakyat dan 
2.Menjaga Agama. 

Dalam bab Menjaga Umat/Rakyat ( HANYA dari segi pembangunan negara dan memajukan negara ke tahap yang lebih baik), saya fikir orangnya adalah Mahathir Mohamad. 

Dalam bab Menjaga Agama, orangnya tentu sekali adalah Nik Aziz. 

Berbalik kepada kemelut dalam kepimpinan PAS, apakah benar Nik Aziz menerima nasihat dari pihak-pihak yang berkepentingan? Apakah benar ini rentetan Bagan Pinang? Saya katakan adalah MUSTAHIL sama sekali Nik Aziz mengikut telunjuk orang-orang tertentu. Nik Aziz sudah lama dalam politik tanah air, bahkan semasa kewujudan Kerajaan Perpaduan selepas peristiwa 13 Mei 1969, Nik Aziz adalah Ketua Pemuda PAS pada masa itu, dan keperitan dipermainkan oleh UMNO selepas itu masih terasa hinggakan ke tulang hitam sampai kini. Bukan dendam kesumat terhadap UMNO, tetapi pengalaman “tidur sebantal” dengan UMNO meyakinkan bahawa orang UMNO tidak berpegang kepada janji. Janji ini adalah bukan di antara seorang individu dengan individu, tetapi satu kelompok manusia dengan kelompok manusia yang lain. Janji UMNO menjaga Agama diketepikan begitu saja setelah mendapat lebih kuasa dan lebih kuat. Natijahnya, PAS berpecah-belah kepada 2 kumpulan dan berakhir dengan penyingkiran Allahyarham Asri.

Bertitik tolak dari pengalaman permainan UMNO yang berlandaskan pemikiran Machiavelli, bukannya pemikiran Islam yang dasarnya TAQWA, Nik Aziz bermati-matian untuk menghambat keluar 2-3 kerat pemimpin PAS yang tak habis-habis mencanangkan kerjasama dengan UMNO melalui Kerajaan Perpaduan. Nik Aziz sudah nampak, implikasi momentum gerakan ini yang boleh memecahbelahkan PAS kali ke 2. Ini hakikatnya matlamat UMNO yang sememangnya terdesak buat masa ini, dan mereka kembali ketawa besar bilamana lebih berkuasa dan lebih kuat nanti. Nik Aziz sudah nampak dan rasa resapan “virus kemunafikan” ini. Jadi ini bukan soal Nik Aziz ikut nasihat dari pihak-pihak yang berkepentingan atau rentetan kekalahan di Bagan Pinang.

Soal teguran berlapik bagaikan menarik rambut dalam tepung kepada Presiden Pas, Haji Hadi, adalah peringatan Nik Aziz kepada Presiden supaya mengambil tindakan segera kepada kumpulan yang condong ke arah kewujudan Kerajaan Perpaduan. Tindakan perlu diambil dan ditangani segera sebelum terlambat, nanti tergadah. Nik Aziz mempunyai alasan yang cukup kuat sebagaimana ketetapan Muktamar PAS di Ipoh yang menolak idea Kerajaan Perpaduan dan menyokong memperkemaskan dan memantapkan kerjasama dan persefahaman dalam Pakatan Rakyat. Ini resolusi yang telah diputuskan oleh semua perwakilan, semua ahli PAS, boleh di sebut sebagai “Resolusi Ipoh”. Bertitik tolak dari itu, sebarang nada yang masih kedengaran untuk bekerjasama dengan UMNO perlu dihapuskan sama sekali, sebelum ia bertukar menjadi gelombang besar. 

Jadi gesaan EGM ini lebih kepada gimik Nik Aziz memberi pukulan TKO kepada kumpulan yang tidak mahu tunduk kepada Resolusi Ipoh, dan pandangan Nik aziz agar Haji Hadi perlu ambil langkah segera. Diringkaskan bahawa kepimpinan Haji Hadi menangani kumpulan pro-umno ini terlalu lembut dan terlalu perlahan. Perlu ketegasan dalam hal ini. 

Jadi, hakikatnya tidak timbul soal krisis kepimpinan yang teruk, atau krisis ketidakyakinan kepada kepimpinan Presiden Haji Hadi, tetapi hanya krisis soal 2-3 kerat pemimpin ini yang amat perlu didisiplinkan dan ditarbiyahkan. Sekiranya saya menjadi 2-3 kerat pemimpin yang bermasalah ini, saya akan memohon maaf secara terbuka kepada semua ahli PAS, dan sekaligus meletak jawatan dalam parti yang sekaligus menamatkan “konflik” ini dari menjadi lebih rumit. Ini adalah jalan terbaik sekiranya mereka masih sayangkan parti dan perjuangan Islam. Berundurlah secara sukarela wahai Timbalan Presiden Nasharudin, wahai Pesuruhjaya Selangor Hassan Ali, dan wahai Setiausaha Mustafa Ali. Berundurlah seketika bagi meredakan keadaan, dan kiranya kamu dipihak yang benar, InsyaAllah kamu pasti akan kembali. 

Mengadakan kerjasama dengan UMNO melalui Kerajaan Perpaduan adalah satu kesilapan yang besar. UMNO sudah terbukti GAGAL menjaga Umat/Rakyat dan terbukti GAGAL menjaga Agama. UMNO terbukti BERJAYA membuncitkan perut masing-masing yang disandarkan kepada kononnya pembangunan untuk Rakyat dan Negara. 

PAS : Keperluan Muktamar Khas Luarbiasa? [TGNA]
THURSDAY, OCTOBER 22, 2009