Mutakhir ini, begitu banyak dalam
blog-blog menggunakan label di atas kepada mereka yang tidak sependapat dan
sehaluan dengan kumpulan masing-masing. Blog-blog ini majoritinya pula dari
para Pemuda PAS yang mendapat pendidikan rendah, tinggi dan tertinggi dalam
agama. Tertanya juga bagaimana mereka yang berpendidikan agama sanggup melontar
kecaman yang sangat keras kepada rakan taulan seperjuangan dalam parti.
Tidak kurang juga lidah mereka
dengan ringan dan lancar menyebut munafik sesama ahli. Dalam Al-Quran,
perkataan munafik lebih banyak disebut berbanding perkataan kafir. Dan kaum munafik
dan ka fir itu Neraka Jahanam balasannya.
Jibrail a.s ketika mengajar Nabi saw 7 jenis neraka, bila sampai ke neraka ke
7, yakni neraka Jahannam, Jibrail a.s terdiam sehingga Nabi saw bertanya kepada
Jibrail a.s. Kata Jibrail a.s Neraka Jahannam itu khusus untuk umat Nabi
Muhammad saw, adalah neraka yang paling hebat seksaannya. Menangislah
Rasulullah saw, kerana Neraka Jahannam itu untuk khusus umatnya. Menyebut si
polan bin si polan itu munafik sama maknanya menyebut si polan itu ahli Neraka
Jahannam.
Langitbiru tidak mempunyai ilmu
agama yang tinggi untuk memunafikkan sesiapa. Juga tidak pernah menyebut si
polan sesat, syiah, pro-sosialis dan apa jua gelaran yang sememangnya bersalahan
dengan ajaran Islam.
Dr Yusuf Al Qaradawi pernah
menyebut, Islam itu tiada lain melainkan Islam yang satu satunya diajar oleh
Rasulullah saw kepada satu golongan yang keimanan dan ketaqwaan mereka adalah terbaik
sepanjang zaman iaitu para Sahabat Rasulullah saw. Tambahan kepada Islam itu
sebenarnya agenda jahat musush-musush Islam untuk memecahbelahkan Islam.
Lahirlah perbagai istilah kepada Islam seperti Islam Liberal, Islam
Fundamentalis, Islam Konservatif bahkan Islam itu juga dikaitkan dengan
pembahagian geografi seperti Islam Indonesia, Islam Pakistan seolah-olah Islam
itu bukan yang satu yang diajar oleh Rasulullah saw, tetapi terdapat banyak Islam.
Hari ini, akibat perbezaan
pendapat, bukan berbeza dari segi hukum hakam agama, tetapi berbeza pendapat
dari segi percaturan, strategi, dan pendekatan politik maka satu golongan ini digelar
dengan pelbagai nama yang sangat mengaibkan seolah-olah mereka ini tiada
pegangan akidah Islam. Ironinya, gelaran itu diselang seli pula dengan hadis
sahih dan ayat suci Al-Quran sebagai penguat hujah ke atas golongan tersebut.
Langitbiru pernah menulis dalam
tajuk KEMUNCAK PERTEMBUNGAN ULAMA DAN PROFESIONAL DALAM PAS?
“Seperkara
Langitbiru mahu perkatakan, pertimbangan, strategi dan percaturan politik
selagi tetap berada pada landasan Syariat, kekuatan,pengalaman dan
kebijaksanaan akal menjadi penentu kepada segala keputusan politik. Saya yakin
dan percaya, golongan professional dan bukan ulama sekali-kali tidak
mepertikaikan ilmu agama para ulama dalam apa jua hal agama, tetapi dalam
strategi politik ianya mungkin berbeza. Seharusnya sejarah Peperangan
Badar menjadi iktibar kepada kita Jemaah Islam.
Ketika
kaum Muslimin berhenti di suatu tempat di lembah Badar, sahabat Rasulullah saw,
Khubab ibnul Munzir berkata kepada Rasulullah saw: “Ya Rasulullah, adakah
tempat yang kami berada ini suatu tempat yang ditunjukkan oleh Allah yang kami
tidak dapat melanggarnya sedikit pun ataukah hanya tempat yang engkau pilih
mengikut pendapatmu sendiri dan taktikmu?
Jawab
Nabi saw: “Tempat ini ku pilih menurut fikiranku”
Jawab Khubab: “Tempat ini tidak strategik untuk berperang”. Kemudian dia menunjukkan tempat yang lebih strategik. Anjuran Khubab itu disambut oleh Rasulullah dengan gembira sekali dan segera baginda bangkit menuju ketempat yang ditunjukkan oleh Khubab yang mana merupakan tempat yang lebih dekat dari sumber air dari kaum Quraisy”.
Jawab Khubab: “Tempat ini tidak strategik untuk berperang”. Kemudian dia menunjukkan tempat yang lebih strategik. Anjuran Khubab itu disambut oleh Rasulullah dengan gembira sekali dan segera baginda bangkit menuju ketempat yang ditunjukkan oleh Khubab yang mana merupakan tempat yang lebih dekat dari sumber air dari kaum Quraisy”.
Walaupun blogger-blogger
menggunakan istilah umum golongan anti-tarbiyyah, anti-ulamak dan sebagainya,
namum para pendukung parti segera faham yang dimaksudkan adalah pimpinan
peringkat pusat dan negeri dari kalangan bukan Ulamak. Dari Timbalan Presiden PAS, hinggakan semua
AJK PAS Pusat diserang bertubi-tubi dalam blog, FB, dan ruang siber tanpa sempadan.
Husam diucapkan tahniah kerana memberi kemenangan kepada UMNO dalam PRK Kuala
Besut. Bila Prof Agus mengkritik Kerajaan Negeri Kelantan, dengan pantas dan
cepat mereka mempersoalkan sejauh mana hubungan Prof Agus dengan Husam. Apakah
sebegitu buruk pegangan Husam dan Prof Agus? Seolah-olah golongan Pemuda
berpendidikan agama ini mendapat lesen boleh menyerang Kepimpinan PAS bukan
Ulamak sesuka hati tanpa ada rasa hormat, “wala” jauh sekali!
Hari ini, mana-mana
golongan professional bercakap mengenai parti akan cepat dilabel seperti label
di atas. Meskipun Setiausaha Dewan Ulama, Dr Khairudin At-Takiri menyebut, ini
bukan pertembungan Ulama vs Profesional, tetapi pertembungan Ulamak vs Anti-Ulamak,
Ulamak vs Anti-Tarbiyyah, tapi penulisan di ruang siber dan percakapan si
pentas ceramah tidak menunjukkan apa yang dimaksudkan oleh SU Dewan Ulamak. Hentikanlah
semua label-label ini ke atas golongan yang “mengkritik” Kepimpinan Parti.
Mengkritik dan berbeza
pendapat itu satu lumrah lebih-lebih dalam politik. Jika Kepimpinan langsung
tidak boleh dikritik dengan alasan mereka (Kepimpinan) mampu berijtihad, dan
segala Ijtihad wajib dipatuhi, jadi di mana ruang untuk kita bersuara?
Jika sedemikian, PAS
lebih teruk dari UMNO. Sekurang-kurangnya dalam UMNO, mengkritik Kepimpinan itu
“dipancung, dicantas” jalan politik mereka , tetapi dalam PAS terus
sahaja dilabel Anti-ulamak, Anti-tarbiyyah, Islam liberal dan Munafik yang
semua gelaran ini bermaksud akidah mereka boleh tergelincir!
Hentikanlah segala
label-label ini. Ianya tidak membawa PAS maju setapak atau seinci ke hadapan,
tetapi PAS makin dilihat kembali menjadi konservatif dan ekstreme!
Wallahualam
No comments:
Post a Comment